DAP Juga Perlu Dipersalah Pertembungan 6 Kerusi PRN Sarawak -Zukri Akshah

Calon PKR, Voon Shiak Ni berentap dengan calon DAP, Abdul Aziz Isa di DUN Batu Kitang

AIDCNews – 28/4/16 – DAP juga perlu dipersalahkn terhdp insiden berlakunya pertembungan sesama sendiri di enam kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, kata bekas Exco Angkatan Muda Keadilan, Zukri Akshah.

“Saya yakin ini juga terpakai untuk DAP. Tetapi jika perletakan calon DAP Sarawak di kerusi yang diputuskan untuk Keadilan Sarawak berlaku dalam makluman Jawatankuasa Pusat DAP dan jika watikah kontroversi itu ditandatangani secara sedar oleh Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP atau oleh Lim Kit Siang (林吉祥) selaku Penasihat DAP, jelasnya DAP lebih berdosa dari Keadilan dalam mengharu-birukan pandangan rakyat secara keseluruhan (tidak terhad kepada Sarawak) kepada kesepakatan Pakatan Harapan, memberi peluru hidup kepada jentera Barisan Nasional Sarawak, serta membuatkan Adenan Satem tergelak besar!,”katanya dalam Facebook ketika mengulas isu pertindihan calon DAP dan PKR di enam kerusi tersebut.

Semasa penamaan calon PRN Sarawak pada Isnin, PKR dan DAP telah bertembung di enam kerusi iaitu Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

1. N13 Batu Kitang : Abdul Aziz Isa (DAP), Voon Shiak Ni (PKR), Lo Khere Chiang (BN), Sulaiman Kadir(Bebas) dan Datuk Seri Othman Bojeng (Bebas)

2. N19 Mambong : Sanjan ak Daik (DAP), Willie ak Mongin (PKR) dan Datuk Dr Jerip ak Susil (BN)

3. N32 Simanggang : Leon Jimat Donald (DAP), Norina Umoi ak Utot (PKR), Datuk Francis Harden ak Hollis (BN) dan Ngu Piew Seng (Bebas).

4. N66 Murum : Mathew Silek (DAP), Abun Sui Anyit (PKR), Chukpai Ugon (BN) dan Stanley Ajang Batok (Bebas)

5. N78 Mulu : Paul Anyie Raja (DAP), Paul Baya (PKR), Datuk Gerawat Gala (BN) dan Roland Dom Mattu (Bebas)

6. N49 Ngemah : Richard ak Lias (DAP), Thomas Laja ak Besi (PKR), Alexander ak Vincent (BN) dan Joseph Jawa ak Kendawang (Bebas)

Mengulas lanjut, Zukri Akshah berkata bukan menjadi masalah jika Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali memberi arahan kepada PKR Sarawak untuk bertanding kerusi-kerusi yang menjadi rebutan DAP.

Dengan syarat arahan Azmin itu mendapat mandat daripada PKR yang dipimpin oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat dengan jelas memperuntukkan bahawa kuasa pengendorsan calon pilihanraya adalah kuasa Majlis Pimpinan Pusat.

“Jadi tiada masalah untuk pemimpin lain selain Presiden menandatangan watikah calon, tidak kiralah sama ada Azmin Ali mahupun Baru Bian, tetapi ia mestilah diputuskan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat.

“Nyatanya dari reaksi Dr Wan Azizah Wan Ismail, respon Rafizi Ramli dan kenyataan Nurul Izzah Anwar ini, tidak wujud mesyuarat MPP yang membuat pengendorsan tersebut.

“Makanya kesimpulan apa yang boleh kita buat?,”soalnya.

pkr dalang

Menyentuh kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang mahu mencari dalang krisis PKR-DAP dalam PRN Sarawak selepas 7 Mei, Zukri Akshah berkata tidak timbul soal dalang kerana perkara itu berlaku terang-terangan dan telah diketahui umum.

“Nurul Izzah Anwar, ia berlaku terang-terangan, bukan dalam gelap. Jadi tak timbul soal dalang, ia soal siapa memandai-mandai.

“Sambil tidak menolak pertembungan sesama rakan Pakatan adalah kemungkinan yang terus wujud hingga hari ini, saya dengan tegas menentang jika pertembungan sesama sendiri ini berlaku akibat salah guna kuasa sesetengah pimpinan parti,”katanya lagi.

6 kerusi

Advertisements

One thought on “DAP Juga Perlu Dipersalah Pertembungan 6 Kerusi PRN Sarawak -Zukri Akshah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s