PAS Bantah Pesta Arak Selangor

pas bantahAIDCNews – 28/4/16 – Pada hari ini, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Muslimat PAS Negeri Selangor dan Geng Ustaz membuat laporan polis secara serentak terhadap pesta arak bersempena dengan ‘Emma Hewitt Forever Summer Beach Festival 2016’ yang akan diadakan di Sunway Lagoon Subang Jaya Selangor pada 30 April.

Konsert Emma Hewitt, artis dari Australia yang ditaja oleh syarikat arak Asahi dan Summerby dikhuatiri mengundang implikasi buruk kepada masyarakat khasnya di Selangor.

Laporan dibuat di Balai Polis Bandar Sunway Subang Jaya pada jam 3.00 petang tadi.

pas selangor

“Geng Ustaz diwakili oleh Ustaz Norazli Musa selaku Presiden yang juga merupakan AJK Kerja PAS Pusat.

“Dewan Pemuda dan Muslimat masing-masing diwakili oleh Ustaz Hanafi Zukapli, Naib Ketua Pemuda PAS Selangor dan Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor,” lapor Ustaz Muhammad Najhan Halim, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor.

emma hewit

Sementara itu, aktivis Bangkit, Eddy Casmady, turut membantah program tersebut.

“Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamad) Azmin Ali dan Kerajaan Negeri Selangor harap jangan tidur dan pentingkan kredit politik semata-mata. Buatlah kerja sikit dalam menjaga maruah agama Islam. Maruah agama Islam bukan dijaga dengan membina kubah masjid jutaan ringgit semata-mata.

“Ketua Polis Subang Jaya diharap bertegas jika benar ingin menjaga keharmonian kaum dan masyarakat di kawasan ini. 100 peratus penduduk Melayu dan Bumiputera MEMBANTAH DENGAN KERAS penganjuran program ini.

“Begitu juga dengan YDP Majlis Perbandaran Subang Jaya yang bertanggungjawab beri permit penganjuran kepada penganjur. Pesan saya janganlah kita nak jaga hati minoriti, kita sanggup ‘tendang’ kepentingan majoriti,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s