PH Mahu Rampas Jawatan Ketua Menteri Sarawak Yang Dipegang Adenan – Tan Keng Liang

AIDCNews – 28/4/16 –Pakatan Harapan (PH) mempunyai cita-cita untuk merampas jawatan Ketua Menteri Sarawak yang disandang oleh Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem, kata Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang.

Jika tidak, soalnya kenapa PH menghantar semua calon bertanding dengan calon BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

“Kalau YB Lim Kit Siang tidak berminat Ketua Menteri Sarawak (jawatan yang disandang oleh) TS Adenan, kenapa pula Pakatan bertanding di semua kerusi Plihanraya Negeri Sarawak ?

“Harap Pakatan jangan cuba perdaya orang Sarawak. Kalau nak tukar TS Adenan dengan Ketua Menteri dari DAP atau PKR, berterus teranglah dengan orang Sarawak.

“Sila bersikap telus berkenaan niat anda terhadap Sarawak,”katanya dalam Facebook.

Keng Liang membuat kenyataan itu sebagai membidas kenyataan pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang yang menafikan PH mahu merampas jawatan Ketua Menteri yang disandang Adenan, sebaliknya bertanding untuk membentuk pasukan pembangkang yang kuat di negeri itu.

Sebelum ini, Keng Liang mengingatkan rakyat Sarawak agar berhati-hati dengan taktik pemerdayaan pembangkang semasa berkempen dalam PRN negeri itu.

Menurutnya, jika rakyat Sarawak tertipu dan mengundi pembangkang, berkemungkinan besar Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen atau Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, akan menjadi Ketua Menteri yang baharu.

Pada PRN Sarawak ke-11, kecuali di N79 Bukit Kota, N82 Bukit Sari dan N80 Batu Danau, PH telah menghantar calon di 79 kawasan yang lain iaitu PKR (39 calon), DAP (31 calon) dan PAN (13 calon).

calona

calonb

calonc

calond

calone

One thought on “PH Mahu Rampas Jawatan Ketua Menteri Sarawak Yang Dipegang Adenan – Tan Keng Liang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s