PKR Pusat Lancar ‘Badak Sumbu’ Sebagai Maskot Parti

badak sumbu
AIDCNews – 28/4/16 – PKR Pusat hari ini melancarkan binatang yang hampir pupus, ‘Badak Sumbu’ sebagai maskot parti.

Majlis pelancaran maskot parti itu diadakan di ibu pejabat PKR hari ini bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

badak sumbu1

Ia sebagai mengulangi tindakan PKR Sarawak yang telah melancarkan badak sumbu sebagai maskot parti pada 24 April lalu di di Bilik Gerakan Utama (BGU) KEADILAN Sarawak di Kuching.

Naib Pengerusi PKR Sarawak, See Che How berkata badak sumbu yang dinamakan maskot ‘Adil’ itu dipilih kerana haiwan itu berkait rapat dengan daerah Borneo selain melambangkan semangat keberanian, ketabahan dan kebolehpercayaan.

“Ia antara binatang yang paling besar di atas muka bumi, dan langkahnya stabil dan mantap, ia menggambarkan semangat perjuangan parti yang tidak pernah luntur.

“Kegagahannya juga mencerminkan sifat pimpinan KEADILAN yang sentiasa berusaha keras mempertahan kepentingan rakyat dan demokrasi negara,” katanya.

Pemilihan badak sumbu sebagai maskot PKR itu sekaligus maskot burung enggang yang dinamakan ‘Ubah’ yang dipilih DAP sebagai maskot partinya sebelum ini.

badak2

badak

PKR Tolak Maskot Ubah DAP, Perkenal Maskot Sendiri – Badak Sumbu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s