Singkirkan PKR Daripada PH, Kata Zaid Ibrahim Kepada DAP

zaidAIDCNews – 28/4/16 – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar DAP menyingkirkan PKR sebagai parti gabungan dalam Pakatan Harapan (PH) bertujuan untuk mengukuhkan pakatan pembangkang bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke-14 (PRU 14).

Ini kerana PKR telah gagal memberi komitmen terhadap keutuhan PH, sehingga berlaku pertembungan DAP-PKR di enam kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Zaid turut mencadangkan PH hanya dianggotai oleh dua parti teras iaitu DAP dan PAN (Parti Amanah Negara), manakala PKR dijadikan parti sahabat PH.

“Lupakan kerjasama pilihan raya bersama-sama.

“Ia tidak berkesan dalam pilihan raya umum ke-13 dan tidak berjaya dalam pilihan raya Sarawak.

“Harapan terbaik adalah pakatan pembangkang yang boleh dipercayai hanya di antara DAP dan Amanah (Parti Amanah Negara).

“Kedua-dua parti ini (DAP dan Amanah) mempunyai pertalian rapat dan harus menjadi pembangkang teras.

“Apa-apa perbincangan mengenai pengagihan kerusi akan menjadi lebih bermakna kerana kedua-dua parti itu saling menghormati,”kata Zaid dalam lamannya, www.zaid.my hari ini.

Menurutnya, jika PKR tidak dikeluarkan daripada PH, krisis dalaman dengan parti itu akan terus berlarutan sehingga boleh menjejaskan gerak kerja PH menghadapi PRU 14.

“Pakatan DAP-Amanah juga boleh mempunyai susunan longgar dengan PKR, sama seperti Asean + 2, bagi maksud menganjurkan ceramah bersama dan persetujuan untuk bidang utama pembaharuan.

“Mempunyai hadirin ramai akan meningkatkan semangat pembangkang dan penyokong mereka tetapi mempunyai pakatan pilihan raya di mana agihan kerusi dipersetujui terlebih dahulu antara DAP-AMANAH dan PKR akan menjadi pembaziran masa dan boleh membawa kepada pertelingkahan lebih teruk serta menggembirakan BN,” katanya.

Tambahnya lagi, PKR kini telah berpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Presiden PKR yang dipimpin oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kumpulan Timbalan Presiden PKR yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.

“Di pihak yang lain, kita ada Datuk Seri Mohd Azmin Ali dan rakan-rakan yang percaya bahawa PKR hari ini tidak sama dengan PKR pada tahun 2004 dan PKR kini di bawah kawalan mereka, maka mereka mahu pastikan semua keputusan penting diputuskan oleh kumpulan mereka.

“PKR di bawah Azmin akan menjadi fleksibel dan tidak mustahil akan berlaku PKR + PAS atau PKR + pemberontak Umno yang akan disajikan kepada pengundi,” katanya lagi.

Advertisements

One thought on “Singkirkan PKR Daripada PH, Kata Zaid Ibrahim Kepada DAP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s