Azmin Ali Didakwa Dalang Sabotaj Pakatan Harapan, Dedah Orang Dalam PKR

KUALA LUMPUR: Pertengkaran antara DAP dan PKR di Sarawak didakwa sengaja dilakukan oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan secara tidak langsung membantu Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Sumber dalaman yang merupakan penganalisis PKR berkata, PKR pada awalnya berjanji untuk bertanding di kerusi yang ditetapkan sahaja namun bertindak seballiknya dan membelakangi perjanjian bersama DAP.

“Azmin dan penyokongnya dilihat cuba melakukan sesuati apabila memutuskan untuk berpaling daripada perjanjuan selepas berjanji untuk bertanding di kerusi yang ditentukan kepada PKR,” kata penganalisis tersebut.

“Membelakangi perjanjian menunjukkan beliau (Azmin) mempunyai niat untuk memusnahkan Pakatan Harapan. Tiada perkara lain lagi untuk dilihat kerana PKR telah melanggar janji yang dibuat kepada rakan pakatannya,” katanya dipetik blog Hornbill Unleashed.

Menguatkan lagi dakwaan terhadap Azmin, penganalisis tersebut berkata tiada satu pun pemimpin pembangkang dari PKR dihalang memasuki Sarawak kecuali dari parti DAP.

“Mungkinkah mereka orang Azmin?”

“Sebab ianya berlaku kerana Azmin merupakan penghasut utama dan beliau mengawal kedudukan pembangkang di Sarawak.

Ujarnya lagi, percaturan PKR meletakkan calon di lima kawasan ditandingi DAP menjadikan kerusi tersebut tidak akan dimenangi mana-mana parti dari Pakatan Harapan.

“Mereka sepatutnya mengelakkan pertembungan tiga penjuru bagi memastikan kekalahan kepada BN. Tetapi kerusi ini dispekulasikan sebagai tidakboleh dimenangi, nampaknya BN hanya perlu duduk diam dan menang kerusi tersebut dengan mudah,” katanya lagi – MD

abe

abe1

abe2

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s