Malaysiakini Dakwa Kehadiran Khalayak Ceramah DAP Merudum Berbanding PRN 2011

lgeAIDCNews – 29/4/16 – Portal Malaysiakini mendakwa kehadiran khalayak dalam ceramah DAP di kawasan bandar merudum berbanding dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2011, meskipun parti itu membariskan penceramah utama, penasihat parti Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng.

Menurut laporan itu, pada hari pertama kempen PRN 2011, kira-kira orang ramai 7,000 orang hadir dengan kutipan derma sebanyak RM10, 000 pada sesi ceramah DAP di kawasan bandar yang majoritinya pengundi Cina iaitu Kuching, Sibu dan Miri.

“Kali ini, ceramah yang dihadiri oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Kota Sentosa menyaksikan kehadiran orang ramai sekitar 2,000 hingga 3,000 hadir sahaja. Dan parti hanya mampu mengumpulkan RM6,000 daripada penyokong pada malam pertama.

“Orang ramai dan sumbangan yang dikutip dalam sesi ceremah sering digunakan untuk mengukur tindak balas dan sokongan rakyat kepada parti atau calon,” ulas team Malaysiakini dalam artikel bertajuk “Lacklustre response to opposition’s urban ceramah

DUN Kota Sentosa merupakan kawasan majoriti pengundi Cina yang dimenangi oleh Chong Chieng Jen, Pengerusi DAP Sarawak pada PRN 2011.

“Begitu juga dengan sesi ceramah DAP di Sibu dan Miri juga menghadapi masalah yang sama.

“DAP mendakwa 1,000 orang telah menghadiri ceramah malam pertama parti mereka di Pelawan. Walau bagaimanapun, pemeriksaan di lapangan menunjukkan anggaran orang ramai yang hadir sekitar 450 orang.

“Di Miri, ceramah malam pertama diadakan di Centre Point menyaksikan 1,000 orang pada majlis itu di mana Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah hadir, manakala hanya 300 dan 500 menghadiri ceramah di tempat yang sama pada dua hari kemudiannya,” ulas portal itu lagi

Sibu dan Miri merupakan kawasan bandar yang merupakan majoriti pengundi Cina.

Oscar Ling Chai Yew (DAP) merupakan Ahli Parlimen Sibu, manakala Dr Michael Teo Yu Kheng (PKR) merupakan Ahli Parlimen Miri.

Begitu juga dengan DUN Palawan telah dimenangi oleh calon DAP, Wong Kee Woan pada PRN 2011.

One thought on “Malaysiakini Dakwa Kehadiran Khalayak Ceramah DAP Merudum Berbanding PRN 2011

  1. Kempen kali ini sgt penting. Inilah penanda aras penerimaan rakyat terhadap BN setelah diserang dgn hebat ANC. Jika PH gagal ini berita buruk buat ANC. Prestasi DAP juga jd perhatian isu tmn manggis satu time bomb yg meletup tepat pd masanya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s