Skandal Banglo Guan Eng : Pemimpin Gerakan Terima Ugutan Bunuh

KUALA LUMPUR: Dua pemimpin Gerakan termasuk seorang Ahli Parlimen menerima ancaman dibunuh dipercayai berkaitan pendedahan berterusan mereka terhadap skandal banglo dan isu penjualan tanah Taman Manggis yang diselubungi kontroversi melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tindakan mengancam nyawa mereka itu didakwa dibuat bagi menghalang kedua-dua mereka daripada meneruskan usaha mempersoal serta mengutarakan isu serta skandal terbabit.

Setiausaha Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng menerima ancaman bunuh terhadap mereka melalui surat yang dihantar ke pejabat Gerakan Pulau Pinang.

Secara kebetulan, kurang sebulan lalu iaitu pada 1 April lalu MyNation News menulis satu artikel mengenai siapakah kepala gangster di Pulau Pinang.

Artikel 1 April lalu antara lain menyiarkan foto sebuah kenderaan yang memerhati wartawan MyNation News serta mengambil beberapa foto ketika temuramah dilakukan dengan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan Naib Pengerusi Gerakan Bahagian Tanjong, H’ngKhoon Leng.

“Masing-masing menerima surat dimasukkan dalam sampul surat merah kerana mahu menakutkan serta menghalang kami daripada berterusan memperkatakan tentang skandal banglo dibeli Ketua Menteri Pulau Pinang dan isu penjualan tanah Taman Manggis,” dakwa Teck Meng.

Pendedahan itu dibuat Teck Meng dalam satu status memperincikan kejadian di laman sosial Facebook miliknya pagi tadi.

Menurut Teck Meng, surat itu tidak dihantar melalui pos sebaliknya dimasukkan ke dalam peti surat ibupejabat Gerakan di Pulau Pinang.

“Surat itu mengandungi wang kertas yang digunakan oleh masyarakat Cina untuk dibakar bagi mereka yang sudah mati serta satu keratan akhbar mengenai kenyataan saya dalam akhbar Cina meminta Lim Guan Eng untuk membersihkan namanya dan menjawab soalan yang diutarakan kepadanya mengenai skandal banglo, namun tidak pernah dijawab Ketua Menteri itu.

“Ia turut mengandungi satu nota ditulis dalam bahasa Inggeris mengutuk saya kerana kononnya menderhaka kepada Cina serta mempersoalkan apa lagi yang saya mahu dan ini jelas berkaitan dengan tindakan saya terus memperkatakan mengenai skandal banglo itu.

“Ia diakhiri dengan ayat menyuruh saya pergi jahanam (go to hell),” tulisnya.

Ini adalah kejadian kedua dalam tempoh seminggu ahli politik menerima ayat yang sama (go to hell) di mana pada 25 April lalu, Ahli Parlimen DAP, Ng Wei Aik pernah menyuruh parti PKR untuk pergi jahanam (go to hell) berikutan pertembungan 9 kerusi di Pilihanraya Negeri Sarawak antara DAP dan PKR.

“Selepas saya kembali ke Johor semalam, saya membuat satu laporan polis kerana bimbangkan keselamatan saya dan meminta pihak berkuasa melakukan siasatan bagi membongkar siapakah dalang di sebalik perbuatan ini.

“Menurut rakan di Gerakan Pulau Pinang, ini bukan kali pertama mereka menerima ancaman seperti ini. Saya mengecam perbuatan seumpama ini dan tindakan samseng menjurus kepada sesuatu kaum. Ia tidak sepatutnya wujud dalam politik.

“Dakwaan terhadap skandal dan rasuah tidak mengira bangsa. Ia tiada kena mengena dengan perbuatan jenayah ini.

“Saya mahu individu atau mereka yang terlibat terhadap perbuatan ini untuk mengetahui, anda hanya membuang masa dan saya berharap pihak polis akan dapat menjejaki anda,” katanya.

Teck Meng berkata Ketua Menteri bukanlah seorang yang tidak boleh ditegur dan tidak kebal daripada dipersoalkan terhadap tindak-tanduknya serta skandal yang menyelubunginya.

Sambil menyatakan tidak akan mengundur dan ditakutkan dengan ancaman bunuh itu, Teck Meng turut akan menggandakan usaha bagi mendapatkan Ketua Menteri membersihkan namanya dan memberi penjelasan mengenai skandal banglo terbabit.

“Saya juga meminta Ketua Menteri dan DAP untuk mengutuk secara umum mana-mana individu yang terlibat dengan ancaman seumpama itu dan menasihatkan orang ramai agar tidak bertindak membuat ancaman seperti itu,” desaknya – My Nation News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s