Bersekongkol Dengan G25 Punca Komplot Fitnah IKRAM-MAZA ?

bangkit.info – Setelah posting dua hari lepas berkenaan fitnah Mufti Perlis dari bumi haram, pihak kami mengambil inisiatif lanjut untuk melihat persoalan ini di dalam konteks punca dari mana mata-mata fitnah itu terbit. Kami difahamkan bahawa page Dr MAZA, selepas teruk dikecam kerana memfitnah semalam, telah menghapuskan posting fitnah tersebut tanpa melakukan sebarang permohonan maaf.

Kami juga difahamkan bahawa mata-mata fitnah ini keluar dari satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak IKRAM kerana tidak berpuas hati nama organisasi mereka disebut sebagai antara organisasi Islam yang telah beberapa kali menyatakan sokongan kepada kumpulan G25.

Kami memeriksa sama ada IKRAM benar-benar terlibat menyokong kumpulan G25 atau pun tidak. Hasil daripada penemuan tersebut, menunjukkan IKRAM hadir di dalam majlis himpunan 96 NGO yang menyatakan sokongan kepada kumpulan G25 pada 22 Disember 2014. (1)

Kemudian IKRAM juga terlibat memberikan sokongan sekali lagi kepada kumpulan G25 bersama kumpulan Plan of Actions For Malaysia (PoAM) bersama 48 NGO yang lain. (2)

Pendedahan fakta berkenaan sokongan IKRAM terhadap kumpulan G25 inilah yang menjadi punca Setiausaha Agung IKRAM memfitnah IKSIM yang kemudiannya disambut oleh Dr MAZA dari Mekah.

KOMPLOT G25 HAPUSKAN UNDANG-UNDANG SYARIAH?

Kumpulan G25 sebagaimana semua sedia maklum, menimbulkan kontroversi apabila forum yang dianjurkan mereka pada Disember 2015, dikecam ramai pihak kerana menuntut serta membuat beberapa perancangan termasuk untuk mengaudit dengan tujuan mengubah atau membatalkan sepenuhnya undang-undang syariah di setiap negeri di dalam Malaysia.

Walaupun pihak G25 cuba membuat penafian, tetapi rakaman audio komplot perancangan tersebut didedahkan oleh kumpulan yang menamakan gerakan mereka sebagai Komplot Watch.

Pendedahan IKRAM yang bersekongkol dengan puluhan NGO lain menyokong G25 inilah yang menjadi punca anak-anak panah fitnah dengan mata yang beracun diluncurkan Mufti Perlis tanpa bertabayyun dari bumi Mekah, sebuah Tanah Suci untuk umat Islam.

Sesuatu fakta yang disampaikan dengan bukti-bukti jelas, tidak boleh ditakrifkan sebagai satu fitnah. Untuk IKRAM mentafsirkan pendedahan fakta sokongan mereka terhadap G25 sebagai satu fitnah, ia dilihat sebagai satu percubaan keras dan terdesak menyembunyikan fakta sokongan tersebut daripada ahli-ahlinya dan orang awam.

IKRAM TIDAK PERNAH TARIK SOKONGAN KE ATAS G25?

Sehingga hari ini, IKRAM tidak pernah mengeluarkan kenyataan menafikan mereka terlibat di dalam kumpulan 96 dan 48 NGO yang menyokong G25. Mereka juga, sehingga hari ini tidak pernah mengumumkan menarik diri dari senarai 96 dan 48 NGO yang menyokong G25.

Amatlah mengecewakan apabila tindakan menyokong G25 dan kemudian melabelkan pendedahan fakta seumpama ini sebagai satu fitnah, semua perlakuan sembrono seumpama ini, menjejaskan imej IKRAM di mata umat Islam sendiri.

Rujukan :
1) http://aliran.com/civil-society-voices/2014-civil-society-voices/almost-100-ngos-rally-behind-24-moderate-muslims/
2) http://www.straitstimes.com/world/ngos-rally-behind-g25-rep-amid-sedition-probe

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s