Gerakan Singkirkan Azmin – CheguBard

singkir azmin1. Segmentasi Integriti, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) baru sahaja selesai meneliti dan membuat pengesahan dokumen dan fakta berkenaan salah laku terbaru Kerajaan Selangor dan kali ini ia melibatkan tanah lebih 500 hektar dan bekepentingan pemimpin politik yang rapat dengan Menteri Besar Selangor sendiri dengan melibatkan syarikat multi nasional.

2. Selain itu sudah ada di tangan sekeping kontrak bertarikh November 2015 melibatkan DEIG yang mengandungi jumlah menjolok mata dan kenaikan yang amat tidak munasabah jika dibezakan ketika di bawah Menteri Besar BN dan Menteri Besar PKR sebelum ini.

3. Namun setelah berbincang panjang dengan ‘Majlis Adik Beradik Tua’ SAMM maka kita membuat keputusan untuk hanya membuat pendedahan lengkap selepas Pilihanraya Negeri Sarawak kerana tidak mahu pendedahan yang dilakukan disalah guna Barisan Nasional.

4. SAMM juga telah membuat keputusan akan memulakan usaha membukukan semua pendedahan berkaitan Azmin Ali dengan tajuk “Wajah Sebenar Azmin Ali”. Pilihanraya umum akan berlangsung dalam setahun lebih lagi, masih ada masa untuk PKR atau Pakatan Harapan membuat pembetulan di Selangor sebelum kita dihukum oleh rakyat. Ya, kita melawan UMNO BN tanpa kompromi tetapi itu bukan lesen apabila ada kuasa sikit kita nikmati sokongan rakyat dengan membuat perangai ala UMNO BN juga.

5. Tindakan menggantung keanggotaan saya kerana mendedahkan salah laku tidak akan mensenyapkan saya. (klik sini untuk baca berkenaan penggantungan semula saya)

Oleh ;

che’GuBard,
Pengasas SAMM

2 thoughts on “Gerakan Singkirkan Azmin – CheguBard

  1. Bapok vs Darai..elok la dlm pkr semuanya tunggang langgang lagi teruk kalau di bandingkan dengan UMNO.. ni la jadinya kalau dok mentekedarah duit haram dari zionis laknat tuh..

    Like

  2. PKR dah sampai tahap tepu. Antara pemimpin yg ada tak ada seorangpun yg layak menjadi pemimpin unggul. Mereka boleh pancing pemimpin Umno/Pas tapi masalahnya politik dalaman yg sgt kronik. Cuba lihat dimana kedudukan Saifuddin Abdullah, Kamaruddin Jaafar ataupun dulu Zaid Ibrahim. Terus senyap. PKR tak ada plan B/C. Main koboi je. Asyik sibuk serang kerajaan, penyokong pula semakin bosan.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s