Perang DAP-PKR Akan Berlarutan Jika Pertindihan 6 Kerusi PRN Sarawak Gagal Diselesaikan

perang-tunku azizAIDCNews – 30/4/16 –Perang DAP-PKR dijangka berlarutan jika pertindihan 6 kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak gagal diselesaikan, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

“Jika tidak boleh diselesaikan pembahagian kerusi mereka ini, ia sesuatu yang sangat kritikal dan menjadi sesuatu peperangan yang besar di kalangan mereka,”katanya.

Sehari sebelum penamaan calon PRN Sarawak, DAP negeri telah membuat ancaman bahawa parti mereka merampas semula DUN Batu Kitang yang sebelum ini diserahkan kepada PKR jia sekiranya PKR masih bertegas mahu bertanding di lima kerusi lain, iaitu Mambong, Simanggang, Mulu, Murum dan Ngemah.

Pada hari penamaan calon, calon DAP, Abdul Aziz Isa yang sepatutnya bertanding di DUN Stakan telah diarahkan bertanding di DUN Batu Kitang yang memberi isyarat bahawa ancaman DAP tidak memberi kesan terhadap PKR.

Pada awalnya, sepatutnya pertindihan calon PKR-DAP hanya lima kerusi (Mambong, Simanggang, Mulu, Murum dan Ngemah) kini telah menjadi enam kerusi apabila Abdul Aziz turut mencalonkan diri di DUN Batu Kitang.

Sehari selepas penamaan calon, DAP pusat membuat tawaran 1 tolak 5 kepada PKR, iaitu DAP bersedia menarik diri satu kerusi dengan syarat PKR bersedia menarik diri di lima kerusi.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata DAP bersedia menarik diri di DUN Batu Kitang dengan syarat PKR turut menarik diri di DUN Mambong, Simanggang, Mulu, Murum dan Ngemah.

Namun, tawaran berat sebelah DAP itu telah ditolak oleh PKR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s