Selepas PAS, PAN, Akhirnya Zaidi Masuk DAP

zaidiAIDCNews – 30/4/16 –Selepas menyertai PAS, PAN akhirnya bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zaidi Ahmad memasuki DAP secara rasmi hari ini.

Pada Januari 2015, Zaidi yang ketika itu berpangkat Mejar telah dibuang kerja daripada TUDM kerana didapati bersalah melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera dengan memberi kenyataan media tanpa kebenaran.

Zaidi kemudiannya menyertai PAS pada Februari 2015 dan dilantik sebagai ahli jawatankuasa PAS Sungai Petani, Kedah.

Namun, keahlian beliau dalam PAS tidak kekal lama, apabila pada Julai 2015, beliau menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) pimpinan bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Zaidi kemudiannya telah dilantik sebagai salah seorang anggota jawatankuasa penaja GBH Pulau Pinang di bawah pimpinan Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Pada 16 Mac 2016, Zaidi telah dilantik sebagai pegawai penerangan di Ketua Menteri Pulau Pinang di tas kouta Parti Amanah Negara (PAN).

Ketika dilantik sebagai pegawai Ketua Menteri Lim Guan Eng itu, Zaidi merupakan Pengarah Komunikasi PAN bahagian Kepala Batas.

Hari ini, Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow dan setiausaha politik kepada Ketua Menteri Guan Eng, Wong Hon Wai membuat pengumuman bahawa Zaidi di antara lapan orang Melayu yang telah menyertai DAP.

Ditanya sama ada Zaidi telah memaklumkan kepada pemimpin partinya, iaitu Pengerusi PAN Pulau Pinang Mujahid Yusof Rawa, Zaidi berkata beliau bebas membuat keputusan sendiri.

“Di negara ini, setiap orang mempunyai hak dan kebebasan untuk menyertai mana-mana parti.

“Pemimpin-pemimpin AMANAH juga melakukannya selepas berhenti dari PAS,” katanya kepada Malaysiakini.

Namun, jawapan Zaidi itu dijelaskan lebih lanjut oleh aktivis PASMA Pulau Pinang, Zainulfaqar Yaacob.

Menurut Zainulfaqar, Zaidi menghadapi masalah dengan Mujahid, sebab itu beliau menyertai DAP.

“Mejar (B) Zaidi Ahmad serta beberapa bekas pemimpin penaja AMANAH Pulau Pinang hari ini mengumumkan keluar parti lalu menyertai DAP, antara lain kerana tidak berpuas hati dengan amalan ‘cai Mujahid’ yang membabitkan penyokong Naib Presiden Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa di negeri ini,” dedah Zainulfaqar dalam Facebooknya.

Zainulfaqar mendedahkan ‘cai Mujahid’ merupakan faktor perpecahan PAN Pulau Pinang.

“Setiausaha Amanah Pulau Pinang Zahar Zainul akhirnya keluar dari Mesyuarat Agung Kawasan Parlimen Balik Pulau hari ini, selepas rayuannya untuk menangguhkan mesyuarat tersebut ditentang habis-habisan oleh majoriti perwakilan di sini.

“Dua perwakilan kawasan, Azrul Mahathir Aziz yang juga Pegawai Penyelaras Kawasan DUN Bayan Lepas dan Jamaluddin Said (bekas Timbalan Yang di-Pertua PAS Kawasan) turut meninggalkan mesyuarat itu, selepas masing-masing menyedari kemungkinan tewas pada sesi pemilihan nanti.

“Turut keluar meninggalkan mesyuarat itu adalah seorang lagi pemerhati, Mohd. Saifullah Abdul Nasir, yang juga pemimpin muda AMANAH Negeri.

“Terdahulu, Zahar meninggalkan Mesyuarat Agung Amanah Parlimen Permatang Pauh apabila senarai nama ‘cai Mujahid’ yang dikemukakannya ditolak secara terang-terangan kerana majoriti perwakilan kawasan berkenaan mahu pemilihan kepemimpinan dipilih secara ‘syura demokratik’,” dedahnya lagi.

zainul

zainul1

Advertisements

2 thoughts on “Selepas PAS, PAN, Akhirnya Zaidi Masuk DAP

  1. Mgkin dia berfikir boleh bawa perubahan dlm pemikiran komunis2 dlm dap. Atau hatinya sendiri sudah gelap seperti hati komunis seperti melayu2 lain yg menyertai parti dap komunis.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s