Abang Johari Kepada Azmin : Sarawak Bukan Negeri Bapa Kamu !

MIRI: Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini mempertahankan keputusan Ketua Menteri Sarawak mengehadkan tempoh Menteri Besar Selangor berada di negeri itu.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini menyerang Tan Sri Adenan Satem dengan berkata, ‘Sarawak bukan negeri bapa Adenan’.

“Biar saya jawab. Memang Sarawak ini negeri bapa (Adenan), bukan negeri bapa (atau) datuk kau (Azmin)’,” kata Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak ketika menghadiri program PBB di Saberkas, pagi tadi.

Beliau merujuk kenyataan Timbalan Presiden PKR yang mendakwa Presiden PBB menyalahgunakan kuasa autonomi Imigresen Sarawak, dengan mengehadkan tempohnya berada di Sarawak sehingga 2 Mei.

“Ini bukan negeri bapa anda (Adenan), tetapi milik semua rakyat Sarawak,” kata Azmin dalam satu ceramah di Siburan, Kota Samarahan, Sabtu lalu.

Azmin sebelum ini enggan akur kepada arahan Adenan yang mahu beliau menulis surat kepadanya bagi meminta kebenaran melanjutkan tempohnya di Sarawak.

Dalam pada itu, Abang Johari meminta BN Sarawak tidak terpengaruh dengan kata-kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa parti itu berdepan risiko kehilangan sehingga tujuh kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Jangan leka dan termakan dengan (kenyataan Kit Siang). Maksudnya apabila tahu akan kalah, (DAP) akan kerja kuat. Kalau nak menang, kita juga kena kerja kuat.

“Undi Bumiputera jangan pecah. Kalau kita bersatu kita boleh menang di Pujut, Senadin dan Piasau. Kita sapu bersih Roket,” katanya lagi.

Beliau mengulangi kenyataan Adenan semalam, walaupun undi kaum Cina berpecah, sokongan penuh masyarakat Bumiputera di Miri akan membawa kemenangan kepada BN di tiga kerusi DUN itu – FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s