Jangan Tertipu Drama Tagih Undi Simpati Kit Siang, Kata Abang Johari

dap-kitAIDCNews – 02/5/16 –Timbalan Presiden PBB, Datuk Abang Johari Abang Openg mengingatkan pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak agar tidak tertipu dengan drama menagih undi simpati yang dicanang oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Abang Johari berkata demikian ketika merujuk kenyataan terbaharu Kit Siang yang mendakwa DAP bakal berdepan risiko kehilangan tujuh kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada 7 Mei ini berbanding dengan 12 kerusi yang dimenangi parti itu pada PRN 2011.

“Jangan terperangkap dengan helah ini. Jika beliau tahu mereka akan kehilangan kerusi-kerusi itu, itu bermakna mereka akan bekerja lebih gigih.

“Jadi jika BN mahu menang, kita juga kena kerja kuat,” ujar Abang Johari semasa perhimpunan PBB di Miri, hari ini, lapor Malaysiakini.

Semalam, Kit Siang ketika berceramah di Sibu, mendakwa DAP berisiko kehilangan lebih separuh daripada 12 kerusi DUN yang dimenangi pada pilihan raya 2011 kerana pengundi dimanjakan dengan wang dan calon-calon BN bergantung kepada populariti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

“Mereka (BN) mahu rampas Meradong dan Repok,”kata Kit Siang.

Pemimpin supremo DAP itu juga menolak pendapat yang mendakwa DAP bertanding di kawasan bukan majoriti pengundi Cina, iaitu komuniti Dayak sebagai strategi yang silap.

“Tidak, kami telah menunggu selama 38 tahun Kami mahu meneroka ke tahap baru – kita mahu mengalahkan BN Sarawak pada pilihan raya akan datang.

“Jika kita tidak boleh mendapatkan sokongan dari kawasan bandar dan luar bandar, kita tidak dapat berfikir ke peringkat ketiga,” katanya.

Sementara itu, Kit Siang meramalkan DAP akan dapat menawan Sarawak pada tahun 2021 sekiranya DUN Bawang Assan dapat ditawan parti pada PRN kali ini.

DUN Bawang Assan, salah satu kawasan majoriti pengundi Cina yang DAP gagal menang pada PRN 2011.

“Jika DAP boleh menang di Bawang Assan pada 7 Mei ini, ia akan menjadi bukti yang kukuh bagi menunjukkan rakyat Sarawak bersedia dengan Rancangan DAP Sarawak untuk menawan kerajaan negeri itu pada pilihan raya negeri 2021.

“Perjalanan perjuangan politik DAP Sarawak untuk masyarakat yang lebih adil, saksama dan demokratik bukan sesuatu yang mudah, selama 38 tahun sejak DAP bertapak di Sarawak pada tahun 1978,” kata Kit Siang.

Ini merupakan taktik biasa Kit Siang menjadikan sesuatu kawasan yang ditargetnya sebagai umpan untuk dimenangi DAP dengan umpan yang lebih besar.

Menjadi DUN Bawang Assan sebagai umpan untuk menawan Sarawak sama seperti menjadikan Parlimen Gelang Patah sebagai umpan untuk menawan Putrajaya pada PRU 13.

Mengulas lanjut, Kit Siang berkata, jika Pulau Pinang dan Selangor terbukti mampu ditadbir oleh kerajaan negeri Pakatan Harapan, kenapa tidak Sarawak.

“Pada kali ini, mampukah DAP dan rakyat Sarawak menulis sejarah dan mencipta keajaiban untuk mempertahankan 12 DUN yang dimenangi pada pilihan raya yang lalu sambil menambah kemenangan di beberapa kerusi yang didominasi kaum Dayak daripada kesemua 31 kerusi yang ditandingi DAP.

“Jika dua objektif ini berjaya di samping kemenangan di Bawang Assan oleh DAP, akan membawa wadah perjuangan baru kepada Rancangan Politik 5 tahun untuk rakyat Sarawak ke arah menawan negeri itu pada pilihan raya negeri tahun 2021,” ujarnya.

Kenyataan terbaharu Kit Siang itu berlawanan dengan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa bahawa DAP hanya mahu menjadi pembangkang terkuat di Sarawak dan bukannya mahu merampas jawatan Ketua Menteri Sarawak yang disandang oleh Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem.

Selanjutnya sila baca “PH Mahu Rampas Jawatan Ketua Menteri Sarawak Yang Dipegang Adenan – Tan Keng Liang

One thought on “Jangan Tertipu Drama Tagih Undi Simpati Kit Siang, Kata Abang Johari

  1. Temasek, P.Piinang, Perak & Selangor adalah contoh terbaik untuk dinilai betapa rakus dan jahatnya mereka terhadap kaum Bumiputera khususnya Melayu. Bagaimana pula boleh dibiarkan mereka untuk berkuasa dan memerintah di Sarawak ?
    Semoga Allah melindungi kita semua dan usaha mereka akan sentiasa menemui kegagalan…AAMIINYA RABBUL AALAMIIN !

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s