Keegoan DAP Punca Pertindihan Kerusi Pembangkang – Penganalisis

edwinSHAH ALAM: Selain daripada faktor penolakan hukuman hudud yang dibawa PAS, keegoan DAP juga menjadi punca kepada parti Islam itu meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) sebelum wujudnya Pakatan Harapan (PH).

Menurut penganalisis politik Edwin Michael (foto), keegoan DAP dapat dibuktikan apabila berlakunya pertindihan enam kerusi dengan PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Ujarnya ia berlaku kerana DAP enggan mengalah ekoran merasakan mereka mempunyai suara majoriti dalam PH, apabila memegang lebih banyak kerusi jika dibandingkan dengan PKR pada PRN Sarawak lima tahun lalu.

“Kita kena lihat sebelum dan selepas Pilihan Raya yang lepas (PRU13), kalau kita lihat sebelum itu PAS, DAP dan PKR mereka boleh bekerjasama, mereka mempunyai satu kesefahaman yang menguntungkan rakyat ketika itu.

“Tetapi apa yang berlaku selepas Pilihan Raya, DAP mendominasi kerusi yang dimenangi dan diikuti dengan PAS dan juga PKR dan ini seolah-olah memberikan satu kuasa hegemoni kepada DAP untuk bertindak sebagai ‘big brother’ kerana meraka ada memiliki bilangan kerusi yang paling banyak.

“Ini memang terbukti di Pulau Pinang, Selangor kita boleh lihat dengan jelas bagaimana DAP mempunyai kata putus dalam sesuatu hal dan ini perlu diikuti oleh pemimpin parti lain ini jelas dalam banyak isu yang kita boleh lihat,” katanya kepada Antarapos.

Namun kata Edwin, PAS lebih bijak mengatur langkah dengan memutuskan hubungannya bersama DAP kerana tidak mahu dikuasai oleh parti yang didominasi kaum Cina itu.

“Kenapa PAS kurang selesa dengan DAP adalah kerana tindak tanduk mereka sebagai ‘Big Brother’.

“Sebagai ‘big brother’ di sini apabila DAP mempunyai kuasa untuk membuat kata putus jadi apabila DAP menolak hudud seratus peratus dan penolakkan ini memberikan satu signal kepada parti PKR untuk turut sama dalam agenda DAP dan ini membuatkan PAS kurang selesa,” katanya lagi.

Tambah Edwin lagi, disebabkan sifat ‘big brother’ ini DAP turut bertembung dengan PAS di dua kerusi PRN Sarawak iaitu DUN Samalaju dan Pujut.

“PAS nampak jika hubungan ini berlarutan untuk satu jangka masa yang panjang tidak akan menguntungkan PAS kerana agenda perjuangan PAS dan DAP selepas pilihan raya secara totalnya berubah.

“Masalah ini kita boleh nampak sewaktu PRN ke-11 di Sarawak yang jelas menunjukkan tiada persefahaman antara DAP, PKR dan PAS sehinggakan masing-masing letak calon mereka di beberapa kawasan sehingga mereka akan bertembung sesama mereka,” ujarnya.

Sebelum ini Ahli Biro Politik PKR Dr Mansor Othman mendakwa, keegoan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang enggan mengalah merupakan punca pertindihan calon PKR dan DAP di Sarawak.

Dedah Mansor, Guan Eng ada meminta Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Naib Presiden Nurul Izzah Anwar menandatangani satu nota perjanjian yang mengandungi senarai kerusi.

Guan Eng berjaya mendapatkan tandatangan Azmin tetapi menurut kefahaman Azmin tandatangan itu bukanlah satu keputusan yang muktamad.

Konflik mula tercetus apabila Guan Eng berkata sebaliknya dan menafikan perkara itu.

PKR dan DAP telah bertembung di enam kerusi iaitu Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong – AP

One thought on “Keegoan DAP Punca Pertindihan Kerusi Pembangkang – Penganalisis

  1. Kalau orang / pihak lain yang buat semuanya salah dan tidak betul akan tetapi bila dia / pihak sealirannya yang buat semuanya betul dan dilakukan kerana rakyat ! Begitulah dasar KIASU, hanya Melayu yang buta mata hatinya saja yang sanggup bersekongkol dengan golongan tersebut yang jelas niat jahatnya…
    Astaghfirullah !!!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s