PasMa Pulau Pinang Rintis Kemasukan Melayu-Islam Ke Dalam DAP

pasmaAIDCNews – 02/5/16 –Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang menubuhkan jawatankuasa teknikal sebagai perintis mengatur kemasukan anggota NGO itu ke dalam DAP.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PasMa Pulau Pinang, Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim dalam salah satu resolusi itu, selepas berlangsungnya “Wacana Pendekatan Politik PasMa Pulau Pinang” dalam konvensyen negeri di Hotel Seri Malaysia dekat Bayan Baru baru-baru ini.

fakar3

“Ada dua jalur politik dalam DAP Pulau Pinang, iaitu jalur mendiang Karpal Singh serta jalur Saudara Lim Kit Siang, dan PasMa akan teroka prospek jalur ‘Melayu dan Islam’ dalam parti masa depan itu,” ujar Zolkifly yang juga Pengerusi PAN Balik Pulau.

Katanya, penerokaan jalur politik Melayu dan Islam dalam politik DAP Pulau Pinang ini bermula dengan terlantiknya Timbalan Pengerusi PasMa II Pulau Pinang Mejar (B) Zaidi Ahmad baru-baru ini sebagai Pegawai Penerangan Kepada Ketua Menteri Saudara Lim Guan Eng.

“Dalam Amanah Pulau Pinang, kita menghantar (Timbalan Pengerusi I PasMa) Ustaz Rizal Akhir, yang kini dilantik sebagai Ahli Majlis bagi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), dan Mejar (B) Zaidi akan teroka jalur baharu ini dalam DAP di Pulau Pulang sahaja,” jelas Zolkifly lagi.

Sebelum itu, Presiden PasMa Dato’ Ir. Phahrolrazi Mohd. Zawawi menyampaikan ucaptama berjudul “Kepelbagaian Wadah Ke Arah Penyatuan Ummah.”

“PasMa adalah NGO Politik yang senantiasa mencari jalan untuk mewujudkan sistem dua parti di tanah air ini, dan mengerah sokongan majoriti rakyat kepada Pakatan Harapan.

“Penerokaan PasMa dalam DAP ini bukan baharu kerana kita sebelum ini telah menghantar pemimpin muda kita, Sheikh Umar Bagharib memainkan peranan penting dalam hierarki DAP Johor.

“Cuma, di Pulau Pinang baharu, dan sebab itu perlu ditubuhkan jawatankuasa teknikal untuk memperincikan keperluan PasMa Negeri meneroka jalur baharu dalam DAP serta apakah prospek ini boleh diteroka dalam parti masa depan itu,” jelas Phahrolrazi yang juga anggota PAN Pusat.

pasma1

tulang besi

fakar

fakar1

zainur

zainur1

Pengarah Komunikasi PAN Pulau Pinang Akan Keluar Parti ?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s