‘Belajar Hormat Orang Tua Sebelum Berpolitik’ Pesan Nenek Kepada Aziz Isa

Post Metro – Luruh hati seorang nenek yang membesarkan cucu kesayangan dari kecil hingga akhir sekolah menengah, dan akhirnya cucu beliau berpaling tadah kepada keluarga sendiri selepas selesai menuntut di universiti dan melompat ke kancah politik. Sejarah tidak pernah menipu, calon DAP adalah seorang yang telah menderhaka kepada keluarganya sendiri.

Hajjah Mazuin Binti Haji Manan merupakan nenek kepada Abdul Aziz Isa begitu sedih dengan perubahan yang berlaku kepada cucu kesayangan beliau, Hajjah Mazuin ialah ibu kepada bapa Abdul Aziz yang merupakan keturunan Melayu dan bukannya Melanau seperti yang diberitahu Aziz di dalam ceramah beliau.

Sehabis menamatkan pelajaran beliau tidak bekerja apa – apa cuma mahu terlibat dalam kancah politik, tapi Aziz tidak ada kesabaran untuk bermula dari bawah, sahingga sanggup merentas mereka yang terlebih dewasa dalam politik.

Menurut Nenek Aziz, bahawa tindakkan cucunya itu seperti orang yang sel – sel otaknya tidak berhubung dengan betul, kerana cita – cita nya mahu menggantikan Adenan Satem dalam masa dua tahun, Aziz juga telah mencemar serta memburukkan semua ahli politik yang telah lama berkhidmat untuk rakyat Sarawak.

Aziz harus sedar bahawa beliau baru setahun jagung dalam kancah politik dan tidak layak gelarkan orang – orang lama dengan pelbagai gelaran yang tidak baik didengar. Mereka telah berkhidmat lama kepada rakyat Sarawak jika mahu dibandingkan dengan sumbangan dan pengalaman Aziz.

Hajjah Mazuin menegaskan lagi bahawa semenjak bersama DAP, Aziz umpama ‘anjing yang menyalak bukit’, Hajjah MAzuin merujuk kepada perangai Aziz yang sekarang ini sibuk berkempen dan memaki hamun pemimpin – pemimpin yang lebih tua dari Aziz tanpa rasa hormat.

Perkara ini membuatkan Hajjah Mazuin malu kepada jiran – jiran yang mula bertanya tentang cucunya itu, dan dari itu telah membuatkan Hajjah Mazuin semangat untuk bersama – sama turun berkempen membantu calon Barisan Nasional untuk memberi pengajaran kepada Abdul Aziz.

Abdul Aziz tidak layak menjadi calon kerana beliau bukan seorang yang mahu mendengar kata – kata nasihat dan juga seorang yang keras diri, bagaimana beliau akan menerima pandangan serta keluhan dari masyarakat Batu Kitang kelak?.

Beliau tidak layak menjadi calon sama sekali kerana ciri-ciri kepimpinan tidak ada lansung malah Aziz juga tiada pengalaman dalam bidang politik tetapi dirinya telah di dorong oleh nafsu untuk berkuasa bukan mahu membantu masyarakat Batu Kitang dan rakyat Sarawak.

Nasihat Hajjah Mazuin buat cucu nya Aziz Isa, “berpolitik tidak salah, tapi bermulalah dijalan yang betul, mula dari bawah ataupun mula sebagai pemuda, bukan terus melompat melangkah orang lain yang lebih berpengalaman”.

Hajjah Mazuin juga berhajad agar Aziz Isa kembali kepangkuan keluarga dan keturunan mereka.

aziz0
aziz

Advertisements

One thought on “‘Belajar Hormat Orang Tua Sebelum Berpolitik’ Pesan Nenek Kepada Aziz Isa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s