Calon PAN DUN Samariang Didakwa Tipu Biodata Pekerjaan

naniAIDCNews – 03/5/16 – Calon Parti Amanah Negara (PAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang, Nani Sahari didakwa menipu biodata pekerjaannya.

Perkara itu didedahkan oleh Pengundi PAS Kedah apabila Nani menyatakan pekerjaannya adalah sebagai ‘pembantu perubatan’ sedangkan pekerjaan sebenarnya adalah pembantu klinik.

“Sengaja mengelirukan atau saja nak tunjuk macam hebat???….almaklumlah parti geng profesional…..

“Untuk makluman hangpa, jawatan “pembantu perubatan” tu hanyalah istilah jawatan yang digunakan di hospital-hospital dan merupakan nama kepada satu jawatan…. biasanya orang sebut “MA”….ia merupakan jawatan khusus dan penjawat jawatan mestilah mempunyai kelulusan yang khusus dalam bidang perubatan….,”dedahnya.

pan1

Menurutnya, sebelum Nani menjadi calon PAN di DUN Samariang, beliau pernah menjadi calon PAS di DUN Tanjung Datu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2011.

“Dan mengikut rekod PAS, Nani ini yang dulunya ambik calon atas lambang PAS hanyalah merupakan “pembantu klinik”….bukannya “pembantu perubatan”…. kalau pembantu klinik ni, siapa-siapa pun boleh kerja….tidak perlu ada pengkhususan pun boleh….lain benor tu “pembantu klinik” dgn “pembantu perubatan”….

“Lagi pun jawatan pembantu perubatan tu mesti berdaftar dgn Lembaga Pembantu Perubatan…. bukan boleh suka suka hati letak….hangpa suruh dia tunjuk lesen pendaftaran dia dengan Lembaga Pembantu Perubatan kalau dia betoi seorang Pembantu Perubatan….

“Lagi boleh lipat….jangan tak lipat….,” dedahnya lagi.

Pada PRN Sarawak ke-11, Nani bertanding di N07 Samariang menentang dua calon lain; Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (PAS) dan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN – PBB).

PAN Lawan PAS Di Lima Kerusi DUN Sarawak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s