‘Jangan Undi Cucu Saya’ – Nenek Abdul Aziz, Calon DAP Batu Kitang

AIDCNews – 03/5/16 –Hajah Mazuyin Abd Manan, 75, nenek kepada calon DAP DUN Batu Kitang, Abdul Aziz Isa menyeru pengundi DUN berkenaan agar tidak mengundi cucunya itu.

“Jangan sesekali mengundi cucu saya sendiri, Aziz Isa yang mewakili DAP tetapi anda undilah calon Barisan Nasional (BN) untuk menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang,”kata Hajah Mazuin atau mesra disebut Nek Wen.

Beliau membuat kenyataan itu secara terbuka ketika ditemui pada program BN di Kampung Haji Baki di DUN berkenaan.

Hajah Mazuin (tiga dari kanan) sedang berucap di sebelah calon BN, Lo Khere Chiang (dua dari kanan).

“Saya tidak suka cucu saya cabar BN dan ini sebabnya saya berada di sini untuk menyokong calon BN di Batu Kitang, Lo Khere Chiang. Jangan undi Abdul Aziz, saya tak suka.

“Beliau masih muda dan belum mula bekerja, tetapi tiba-tiba mahu menentang kerajaan,” kata Nek Wen lagi.

Menurut Mynewshub, Nek Wen tidak suka malah tidak redha dengan cara cucunya berkempen dengan begitu kasar, kurang ajar dan keterlaluan menghina pemimpin BN lain serta jauh lebih tua daripada usianya.

Abdul Aziz, 26, sepatutnya bertanding satu lawan satu di kerusi baharu majoriti Melayu iaitu N.17 Stakan, untuk menentang calon BN yang juga datuk saudaranya sendiri, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud.

Namun, Abdul Aziz dipindahkan pada saat-saat akhir bertanding di DUN Batu Kitang bertembung dengan Voon Shiak Ni (PKR), Lo Khere Chiang (BN) dan dua calon bebas yang lain.

Sementara itu, Abdul Aziz ketika berkempen di Kin Soon Cafe, Kota Padawan membuat tuduhan secara kasar mendakwa pemimpin-pemimpin BN yang memerintah Sarawak sekarang ini seperti syaitan.

“Kita tidak mahu Sarawak terus diperintah oleh syaitan-syaitan yang ada sekarang, maka sebab itulah kamu semua mesti mengundi DAP.

“Saya berjanji jika saya menang, saya akan berkhidmat kepada semua kaum, bukan sahaja Melayu tetapi Cina, Iban dan Bidayuh,” ujar Abdul Aziz.

2 thoughts on “‘Jangan Undi Cucu Saya’ – Nenek Abdul Aziz, Calon DAP Batu Kitang

  1. Pity this lady being abused by BN. We know this family well. This family is not without any controversies………so she is no angel. From another angle, it has caused a split between aziz’s father and grandmother………

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s