PKR Mahu Mekanisme Pembahagian Kerusi Diperbaiki Untuk PRU14

PETALING JAYA: PKR akan memperbaiki mekanisme rundingan dengan DAP bersabit pembahagian kerusi sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-14 bagi mengelak berlaku krisis pertindihan kerusi antara mereka lagi.

Naib Presidennya Tian Chua menolak pandangan sesetengah pihak yang mahu kedua-dua parti itu memutuskan kerjasama gara-gara tidak sepakat dan menyebabkan pertindihan di enam buah kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Jelas Tian, rundingan tersebut akan diwakili Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Azmin dan Lim Guan Eng mewakili parti (membawa) pendirian mereka (dan) bukan peribadi, isu ini adalah isu di antara dua parti dan kita akan terus berkerjasama dan pastikan selepas pilihan raya negeri ini kita dapat mempertingkatkan lagi mekanisme rundingan supaya perkara ini tidak berulang.

“Pendirian yang dibawa oleh samada Setiausaha Agung DAP atau Timbalan Presiden PKR mereka merupakan pemimpin parti dan rundingan di antara mereka ini adalah rundingan yang mewakili parti masing-masing.

“Apa yang perlu dibuat selepas PRN ini ialah kita mencari untuk membaiki mekanisme rundingan supaya perkara ini tidak akan berulang dalam PRU yang akan datang,” katanya ketika ditemui Antarapos selepas sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Terdahulu PKR dan DAP masing-masing akan menyelesaikan masalah pertindihan kerusi antara mereka selepas berakhirnya PRN Sarawak 7 Mei ini.

Sebelum ini, Guan Eng menyifatkan pertindihan kerusi antara mereka adalah perkara yang serius dan perlu dibincang di dalam mesyuarat Pakatan Harapan (PH).

Malah Guan Eng mempersoalkan bagaimana PKR menganggap ia bukan satu perjanjian sedangkan ‘nota’ pembahagian kerusi itu ditandatangani oleh Azmin.

PKR juga menyatakan pendirian mereka untuk terus maju ke depan dan berkempen seperti biasa di PRN Sarawak selepas kedua-dua parti tidak mahu bertolak-ansur di kerusi Batu Kitang, Ngemah, Mulu, Murum, Simanggang dan Mambong – AP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s