PRN Sarawak : Kit Siang Bapa Rasis , Diskriminasi Calon Dayak

kitAIDCNews – 03/5/16 – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menzahirkan sikap rasisnya apabila mementingkan calon Cina DAP daripada calon Dayak dari parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Daripada 31 calon DAP, 17 calon daripada kaum Dayak, 13 calon kaum Cina dan satu calon Melayu-Melanau, Kit Siang hanya memilih calon DUN Bawang Assan sebagai kayu pengukur untuk menentukan parti itu berjaya atau tidak menawan Sarawak lima tahun akan datang.

dap-kit

“Jika DAP boleh menang di Bawang Assan pada 7 Mei ini, ia akan menjadi bukti yang kukuh bagi menunjukkan rakyat Sarawak bersedia dengan Rancangan DAP Sarawak untuk menawan kerajaan negeri itu pada pilihan raya negeri 2021,”kata Kit Siang,dilapor Malaysiakini.

Calon DAP DUN Bawang Assan adalah dari kaum Cina, Chiew Sung Ngie yang berentap penyandang DUN tersebut, Datuk Seri Wong Soon Koh (BN), dan tiga calon lain iaitu Wong Sing Wei (STAR), Watson Bangau Anak Jonathan Renan (BEBAS) dan Yeu Bang Keng (BEBAS).

Pada PRN Sarawak 2011, calon BN, Wong Soon Koh menewaskan calon DAP, Alice Lau Kiong Yeng di DUN Bawang Assan dengan majoriti 1,808 undi.

“Pada kali ini, mampukah DAP dan rakyat Sarawak menulis sejarah dan mencipta keajaiban untuk mempertahankan 12 DUN yang dimenangi pada pilihan raya yang lalu sambil menambah kemenangan di beberapa kerusi yang didominasi kaum Dayak daripada kesemua 31 kerusi yang ditandingi DAP.

“Jika dua objektif ini berjaya di samping kemenangan di Bawang Assan oleh DAP, akan membawa wadah perjuangan baru kepada Rancangan Politik 5 tahun untuk rakyat Sarawak ke arah menawan negeri itu pada pilihan raya negeri tahun 2021,” ujar Kit Siang lagi.

12 DUN yang dimenangi DAP pada PRN 2011, kesemuanya di kawasan majoriti pengundi Cina iaitu; Padungan (Wong King Wei), Pending (Violet Yong Wui Wui), Kota Sentosa (Chong Chieng Jen), Meradong (Ting Tze Fui), Bukit Assek (Wong Ho Leng), Tanjong Batu atau nama namanya Kidurong (Chiew Chiu Sing), Batu Kawah (Christina Chiew Wang See), Repok (Wong Hua Seh), Dudong (Yap Hoi Liong), Pelawan (Wong Kee Woan), Piasau (Ling Sie Kiong) dan Pujut (Fong Pau Teck).

kit-dapKetika berceramah di kawasan bandar Sibu, Kit Siang masih meluahkan kerisauan bahawa tujuh daripada 12 DUN yang dimenangi DAP sebelum ini mungkin tewas pada PRN kali ini.

Daripada tujuh yang diramalkan Kit Siang bakal tewas itu, penasihat DAP itu menamakan dua DUN iaitu Meradong dan Repok.

Di DUN Meradong, calon Cina DAP yang merupakan penyadang DUN berkenaan, Ting Tze Fui ditentang satu lawan satu oleh calon BN SUPP, Ding Kuong Hiing

Manakala, di DUN Repok, calon baharu Cina DAP, Yong Siew Wei ditentang oleh calon BN SUPP, Dato Dr Huang Tiong Sii dan calon bebas, Wong Chin King.

Pada PRN Sarawak 2011, Ting Tze Fui menewaskan calon BN, Ling Kie Kiong dengan majoriti 2,687 undi di DUN Meradong.

Manakala, calon Cina DAP, Wong Hua Seh menewas calon BN, Datuk David Teng Lung Chi dengan majoriti 2,679 undi di DUN Repok.

calon dap no-1

calon dap no 2

calon dap no3

calon dap no4

Advertisements

5 thoughts on “PRN Sarawak : Kit Siang Bapa Rasis , Diskriminasi Calon Dayak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s