Wan Azizah Nafi Terlibat Dalam Pembahagian Kerusi PRN Sarawak

AIDCNews – 03/5/16 – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak terlibat dalam rundingan kerusi antara PKR dan DAP bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, yang menyebabkan PKR dan DAP telah bertembung sesama sendiri di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), lapor The Sun Daily.

Walau bagaimanapun, kenyataan terbaharu Wan Azizah itu bertentangan dengan kenyataan Timbalan Presiden parti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini berkata, beliau telah diberi mandat oleh Presiden PKR untuk membolehkan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian memberi kuasa kepada PKR untuk bertanding di kerusi DAP.

Menurut The Sun Daily, selepas berlaku pertikaian kerusi PKR dan DAP itu, beliau telah dipanggil oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk membincangkan perkara tersebut.

“Bukan Wan Azizah yang terlibat dalam rundingan kerusi dengan DAP. Bukan Wan Azizah yang menyerahkan kerusi strategik PKR kepada DAP.

“Walau bagaimanapun, beliau terpaksa memikul tanggung jawab tersebut,” kata sumber dalaman PKR yang tidak mahu dinamakan kepada The Sun Daily.

Pada PRN Sarawak ke-11, calon PKR telah bertembung dengan calon DAP di enam kerusi iaitu DUNBatu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

Keputusan DAP untuk bertanding di Batu Kitang adalah sebagai membalas dendam kepada langkah PKR untuk bertanding di lima kerusi yang diminati DAP.

Sumber dalaman PKR itu berkata, pada mulanya hanya terdapat tiga kerusi yang dipertikaikan iaitu Murum, Mambong dan Mulu.

Oleh itu, satu mesyuarat tergempar diadakan di antara Guan Eng dengan Wan Azizah di Pulau Pinang.

Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Nurul Izzah Anwar.

Walau bagaimanapun, mesyuarat itu tidak dapat mencari penyelesaian berkaitan dengan pertikaian tersebut.

“Mengapa DUN Ngemah dan Simanggang yang sebelum ini telah dipersetujui diperuntukkan kepada DAP, tetapi kemudiannya ditandingi PKR? Adalah sukar untuk mencari jawapannya.

“Meminta DAP menyerahkan Murum, Mulu atau Mambong adalah semakin sukar berikutan keadaan itu,” kata sumber PKR itu lagi.

Sebelum ini, Twitter Keadilan @Pecat Faekah yang merupakan penyokong Azmin melabelkan Wan Azizah sebagai penakut berkaitan insiden pertembungan calon itu.

“Kalau ikut Presiden KEADILAN, habis semua kerusi digadai ke DAP. Hormat konsensus, setia kepada parti. Presiden takut DAP, salahkan @AzminAli,”katanya.

abe

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s