ADUN PAS Kubang Rotan Letak Jawatan Parti ?

mohd nasirAIDCNews – 04/5/16 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Kubang Rotan, Kedah Mohd Nasir Mustafa dilaporkan telah meletakkan jawatan dalam parti.

“Mohd Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan telah meletak jawatan secara rasmi sebagai Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kedah pada 1 Mei 2016, lapor Facebook pro PAN, UAA Supporters.

Menurut UAA Supporters, ADUN PAS Kubang Rotan itu membuat pengakuan itu ketika berkunjung ke ibu pejabat PAN Kedah berkaitan dengan penganjuran Pidato Selamatkan Malaysia pada 1 Mei 2016 lalu.

“Pengakuan beliau meletak jawatan tersebut dinyatakan oleh beliau sendiri di pejabat AMANAH Negeri Kedah ketika saya bertanya beliau benarkah desas desus yang timbul itu.

“Beliau berada di pejabat AMANAH Kedah, di Wisma Harapan Baru, Bandar Stargate, Alor Setar untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan penganjuran Pidato Selamatkan Malaysia pada 1 Mei 2016 lalu,”lapornya lagi.

Pada 27 April lalu, Adun PAS Kubang Rotan bersama Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar antara dua individu yang diberi surat tunjuk sebab oleh PAS Kedah susulan penglibatan mereka dalam aktiviti Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) di peringkat negeri.

Setiausaha PAS Kedah, Musoddak Ahmad berkata tindakan itu dibuat berdasarkan kepada surat pekeliling PAS Pusat yang menghalang ahli partinya terlibat secara langsung dalam aktiviti atau program PAN dan DAP.

“Berdasarkan kepada perkembangan politik semasa, PAS juga tidak benarkan ahlinya sertai Deklarasi Rakyat, namun tindakan Mahfuz dan Mohd Nasir secara terang-terangan beri komitmen kepada GSM, menyalahi prinsip parti,” katanya.

Musoddak berkata, poster yang memaparkan Mahfuz dan Mohd Nasir bersama pimpinan PAN, DAP dan Team B Umno, jelas membuktikan penglibatan dua wakil rakyat PAS tersebut.

Ahli PAS Mula Pertikai Perilaku Mahfuz Omar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s