Calon DAP DUN Batu Kitang Bakal Saman Nenek Sendiri ?

nenek aziz
AIDCNews – 04/5/16 – Calon DAP Dewan undangan Negeri (DUN) Batu Kitang, Abdul Aziz Isa Marindo dikhabarkan bakal menyaman neneknya sendiri, Hajah Mazuin Haji Manan kerana menyeru pengundi agar tidak memilihnya sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Perkhabaran Abdul Aziz bakal menyaman neneknya sendiri dilaporkan oleh Rozmi Mokhtar dalam Facebooknya hari ini.

“Tindakan Hajah Mazuin Haji Manan, nenek kepada calon DAP bagi DUN Batu Kitang, Abd Aziz Isa bercerita buruk tentang peribadi Aziz dengan mendakwa cucunya itu sebagai ‘sotong’ telah sedikit sebanyak menggugat intergritinya sebagai bakal ADUN.

“Oleh yang demikian, sumber terdekat DAP mengesahkan bahawa Aziz sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap neneknya itu dan pihak-pihak yang mempergunakan neneknya untuk kepentingan politik BN.

“Menurut sumber, Aziz akan memfailkan injuksi, menghalang Hajah Mazuin dari terus mengeluarkan apa-apa kenyataan yang tidak elok mengenai dirinya.

“Permohonan ini akan difailkan dalam jangka masa terdekat di Mahkamah Tinggi Kuching jika neneknya terus bercerita sifat buruk cucunya Aziz calon DAP tersebut..,”lapornya.

Dilaporkan, sebelum ini Abdul Aziz begitu angkuh mengelarkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Patinggi Hj Adenan Satem sebagai pengecut kerana tidak berani menentangnya di DUN Batu Kitang.

Abdul Aziz turut dilaporkan telah mengelarkan Barisan Nasional sebagai parti syaitan.

“Menurut neneknya, sikap Aziz yang cukup biadab sewaktu berkempen walau pun masih terlalu muda cukup mengecewakannya dan telah mendorong beliau tampil berkempen untuk calon Barisan Nasion walau pun melawan cucunya sendiri.

“Baru-baru ini media turut melaporkan bahawa Aziz merupakan kaki mabuk dan “clubbing” dengan turut menyiarkan gambar Aziz sedang minum arak di sebuah kelab di Kuching dengan ditemani seorang wanita yang tidak dikenali.

“Peribadi buruk yang dimiliki Aziz serta cara berkempen yang kasar dan biadab dijangka memberi impak besar kepada calon DAP itu untuk memenangi kerusi yang ditandinginya kerana cara berkempen yang diamalkan Aziz bertentangan dengan nilai budaya rakyat Sarawak yang terdiri dari berbagai etnik dan kaum yang sangat sensitif dalam soal soal yang mencabar kehormonian antara kaum di negeri ini,”lapornya lagi.

syaitan-aziz

aziz dap

aziz isa

‘Jangan Undi Cucu Saya’ – Nenek Abdul Aziz, Calon DAP Batu Kitang

‘Belajar Hormat Orang Tua Sebelum Berpolitik’ Pesan Nenek Kepada Aziz Isa

Advertisements

4 thoughts on “Calon DAP DUN Batu Kitang Bakal Saman Nenek Sendiri ?

  1. Kalau betul lah Aziz kata BN parti syaitan…aku ingat budak ni tak cukup didikan agama agaknya. Masa dia kecik dulu bolehlah kita salahkan ibubapa dia…tetapi sekarang dah akal baligh kena tanggung dosa sendiri. Tapi mungkin juga dia belum akal baligh kot.

    Like

    • Minum arak bukan pekerjaan syaitan?

      Clubbing dan bergambar dengan
      perempuan yang hanya berbajukan c#%i bukan perbuatan syaitan?

      Nak saman nenek sendiri bukan pekerjaan syaitan?

      Si a. aziz isa marindo ni sendiri ada terlalu banyak ciri-ciri kesyaitanan!

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s