DAP Rayu PKR Tarik Diri Di Batu Kitang

KUCHING – DAP merayu kepada PKR supaya menarik diri daripada bertanding kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang kerana parti sekutu itu tidak mempunyai peluang memenanginya pada pilihan raya negeri, Sabtu ini.

Pengerusi DAP Negeri, Chong Chieng Jen mendakwa maklum balas di lapangan menunjukkan calon PKR, Voon Shiak Ni tidak mempunyai peluang berbanding calon DAP, Abdul Aziz Isa Marindo, yang juga pembantu khasnya.

Justeru, saya minta dan rayu PKR supaya mengisytihar menarik diri daripada bertanding kerusi ini, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, di sini hari ini.

Selain Voon, Naib Ketua Wanita PKR Kebangsaan dan Abdul Aziz, kerusi Batu Kitang itu menyaksikan pertandingan lima penjuru dengan calon BN, Lo Khere Chiang dan dua calon Bebas – Sulaiman Kadir dan Datuk Seri Othman Bojeng.

Pada PRN-11, DAP dan PKR mengambil laluan masing-masing selepas gagal mencapai kesepakatan dalam agihan kerusi sehingga menyaksikan kedua-dua parti pembangkang itu bertembung di enam kerusi DUN.

Kerusi berkenaan adalah Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s