DAP Yakin Dapat Tawan Sarawak Lima Tahun Lagi

dap-kitAIDCNews – 04/5/16 –DAP melahirkan keyakinan dalam menawan Sarawak dalam jangka masa lima tahun dari sekarang iaitu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021.

Perkara itu diumumkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika ditemui Astro Awani di Kapit, Sarawak semalam.

Menurut Kit Siang, formula yang digunakan ketika menawan Pulau Pinang akan digunakan semula untuk menawan Sarawak.

Di Sarawak, katanya, formula yang digunakan DAP adalah menawan kawasan kerusi bandar dan luar bandar sepertimana yang dilakukan dengan meletakkan calon-calon DAP di kawasan luar bandar pada PRN kali ini.

“Sekiranya kami menang bukan sahaja di kerusi bandar seperti Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu tetapi juga di kawasan pedalaman seperti Kapit, Pakan, Semangan, Tasik Biru, Mambong, Serian, malah Mulu dan juga Murum, saya pasti keadaan ini dapat menyediakan DAP untuk mengambil alih kerajaan negeri Sarawak dalam PRN akan datang pada 2021, seperti mana DAP menawan kerajaan negeri Pulau Pinang dahulu,” katanya kepada Astro AWANI selepas mengadakan ceramah di Rumah Panjang Empawi pada Isnin.

Katanya lagi, formula meletakkan calon di kawasan luar bandar pada PRN Sarawak kali ini hanya sekadar bahan uji kaji dan bukannya bermatlamatkan untuk menawan Sarawak, tetapi untuk membina tapak di kawasan-kawasan yang baharu diterokai itu.

“Pastinya secara ideal, kami ingin menafikan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem majoriti dua pertiga kerusi. Ini bermaksud kami perlu menawan 28 kerusi tetapi saya melihat itu adalah cabaran yang terlalu tinggi. Jadi saya berharap kita boleh menang sekurang-kurangnya 20 kerusi,” katanya.

Sebelum ini Kit Siang, mendakwa selain mengekalkan 12 kerusi majoriti Cina yang dimenanginya pada PRN Sarawak 2011, DAP juga mampu menawan kerusi bukan lagi majoriti Cina malah etnik Dayak seperti Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

4 thoughts on “DAP Yakin Dapat Tawan Sarawak Lima Tahun Lagi

  1. Babi tua ni kalau dia kata dia yakin kita semua kena hati2.. sebab babi tua ni dpt pertolongan dari think tanker dajjal zionis laknattullah.. mmg golongan babi2 kapir laknat nih (DAP) ada coalition dgn kerajaan haram jadah zionist laknat tuh.. singapore tempat strategik middle agent untuk modus operandi depa untuk operasi di kawasan S.E.A..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s