Peguam Negara Nafi Tutup Kes Pengakuan Bersumpah Phang Li Koon

PUTRAJAYA- Peguam Negara belum membuat apa-apa keputusan berkaitan kes akuan berkanun ahli perniagaan Phang Li Koon dalam isu pembelian rumah banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

“Ia masih dalam proses kajian dan tindakan Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan Apandi itu dikeluarkan merujuk kepada laporan berita hari ini yang menyebut Peguam Negara telah membuat keputusan untuk menutup siasatan melibatkan Phang yang didakwa telah membuat kenyataan palsu dalam suatu akuan berkanun melibatkan isu pembelian banglo Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pembelian banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown oleh Lim dengan harga RM2.8 juta itu mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat dan mendakwa harga itu adalah di bawah nilai pasaran.

Shabudin dilaporkan berkata, rumah itu dibeli daripada Phang dengan harga RM2.8 juta, sedangkan penilaian bebas menunjukkan nilai semasa banglo terbabit dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.

Proses jual beli itu juga didakwa mempunyai kaitan dengan penjualan tanah negeri di Taman Manggis yang diperuntukkan bagi pembinaan projek perumahan rakyat termiskin.

Sehubungan itu pada 22 Mac lepas, Phang membuat akuan berkanun menyatakan bahawa beliau tidak meninjau nilai pasaran sebelum menjual banglo itu kepada Lim pada harga RM2.8 juta, dan wanita berkenaan juga berkata dia tidak mempunyai hubungan perniagaan dengan kerajaan negeri – BERNAMA

peguam negara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s