Strategi Licik PAN Kelantan : Calonkan Nik Omar MB Baharu

Nik Omar Nik Aziz (kiri) dan Datuk Wan Rahim Wan Abdullah
Nik Omar Nik Aziz (kiri) dan Datuk Wan Rahim Wan Abdullah
AIDCNews – 04/5/16 –Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan dilihat mempunyai muslihat tertentu apabila mencalonkan anak kepada bekas mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan yang baharu bagi menggantikan Dato’ Ahmad Yakob.

Muslihat itu makin menjolok mata apabila PAN Kelantan mencadangkan agar Nik Omar dicalonkan di DUN Panchor, kawasan yang kini diwakili oleh Timbalan Menteri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

“Kalau PAS keberatan untuk calonkan Ustaz Nik Omar sebagai ADUN di Panchor, bertanding PRU 14 dan menjadi menteri besar, Amanah bersedia.

“(Datuk) Husam pernah kata, dia suka kalau Ustaz Nik Omar menjadi Menteri Besar Kelantan. Kalau tanya saya, senang sahaja jawapannya. Kalau PAS keberatan untuk calonkan Ustaz Nik Omar sebagai ADUN di Panchor, bertanding PRU 14 dan menjadi menteri besar, Amanah bersedia,” kata Pengerusi PAN Kelantan Datuk Wan Rahim Wan Abdullah dalam wawancara bersama Sinar Harian semalam.

Bukan menjadi rahsia lagi bahawa PAN Kelantan dan Husam tidak menyenangi Mohd Amar sebagai Timbalan MB Kelantan merangkap Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan.

“Kita mahu letak (Nik Omar) di Panchor bukan marah kepada ADUNnya. Jadi, kalau PAS setuju dengan saranan Husam untuk mengambil Ustaz Nik Omar bertanding, seterusnya dicalon sebagai menteri besar Kelantan, kita akan sokong. Di mana dia bertanding kita sokong.

“Tetapi, kalau PAS tidak bersedia. Maka, Amanah akan membuat tawaran kepada dia,” kata Wan Rahim lagi.

Kenyataan muslihat PAN itu dibidas Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Nazman Che Iberahim.

pan kelantan

Menurutnya, ketika PAN ‘merelakan PAS kekal berkuasa di Kelantan’ namun dalam masa sama mencalonkan Nik Omar sebagai MB Kelantan yang baharu.

“Dan sekiranya benar tuan masih menghormati YAB Dato Menteri Besar dan YB Dato Timbalan Menteri Besar, kami cadangkan agar tuan memperkuatkan kerajaan sedia ada ini dengan tidak meletakkan apa apa calon di mana mana kerusi pun di negeri Kelantan yang kita kasihi ini. Namun jika apa yang berada di bibir tuan semata mata untuk memaniskan bicara sahaja, maka kami nasihatkan, berhentilah. Usah dikusutkan lagi fikiran rakyat negeri ini dengan perkara yang pelik dan ajaib.

“Namun jika parti tuan terus berkeras untuk bertanding di Kelantan dan mahu menamakan mana mana individu sebagai bakal calon Menteri Besar, maka kami cadangkan kerusi Salor untuk ditandingi oleh parti tuan, dengan calon yang dimahukan, dalam usaha berdepan dengan Parti Islam Semalaysia-PAS. Insyaallah kami sedia PERTAHANkan setiap inci tanah bertuah ini.

“Namun jika menamakan Ustaz Nik Omar sebagai calon pilihanraya, maka eloklah tuan bertanya tuan empunya diri dahulu. Air muka dan maruah mereka harus dijaga. Jangan terlalu cepat dan mudah mencadang seperti setiap orang akan mengikuti telahan dan kemahuan kita. Cukup cukuplah menggunakan nama Ustaz Nik Omar. Dahulu tuan isytiharkan beliau menyertai Amanah, tetapi ia tidak benar pun. Hentikanlah,”katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s