“Baru Setahun Jagung Sudah Nak Ajar Tok Nan Berpolitik” – Nenek Abdul Aziz

nenek azizAIDCNews – 05/5/16 – Umur baru setahun jagung, tetapi sudah mahu mengajar Tok Nan dan Abang Jo berpolitik, demikian kenyataan Hajah Mazuin Haji Manan nenek kepada calon DAP Dewan undangan Negeri (DUN) Batu Kitang, Abdul Aziz Isa Marindo yang merupakan cucunya sendiri.

Hajah Mazuin, 75, menganggap cucunya itu, Abdul Aziz, 27, hanya setahun jagung dalam dunia politik dan tidak layak mengajar tokoh politik yang sudah matang seperti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Patinggi Hj Adenan Satem (Tok Nan), 72, dan Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (Abang Jo).

“Nak jadi ahli politik, dia (Aziz) kata Tok Nan dan Abang Jo tak pandai. Dia baru setahun jagung dah kata orang tua tak pandai.

“Perjuangan orang tua, dia belum tahu. Dia baru berjuang. Bak kata orang tua, baru setahun jagung. Ubun-ubun pun masih lembut.

“Jadi, bila dia (Aziz) tak dapat jadi ketua, dia terus masuk DAP. Chong (Chieng Jen, Pengerusi DAP Sarawak) menggunakannya dalam DAP.

“Dia disuruh seperti anjing menyalak,”katanya.

Jelas Hajah Mazuin, salah satu sikap buruk cucunya yang beliau tidak suka adalah suka memaki.

“(Aziz) Sumpah seranah Tok Nan. Kata Abang Jo bodoh. Bagus ke berpolitik macam tu ?

“Jadi, saya sebagai orang tua dan kerana dia cucu, saya tak boleh dengar dan terima kata-katanya itu.”

Cucunya itu, tambah Hajah Mazuin tidak menganggap beliau sebagai nenek walhal mereka mempunyai pertalian zuriat.

“Ayahnya (Marindo) merupakan anak saya yang keempat

“Dia (Aziz), lebih mengutamakan neneknya yang berbangsa lain. Saya pun tak tahu macam mana lagi.”

Hajah Mazuin berkata pada mulanya beliau tidak mahu mencampuri urusan politik kerana sudah bersara dalam bidang itu tetapi apabila DAP mencalonkan cucunya, Abdul Aziz bertanding di DUN Batu Kitang membuatkan beliau bersemangat semula.

“Saya malu lihat dia (Aziz) macam tu, sebab itu saya bangit.

“Kalau kita memilih Aziz. Rakyat di Batu Kitang berapa ribu ?

“Aziz seorang yang dipimpin oleh DAP. Adakah dia dapat tunaikan permintaan rakyat ?

“Mesti tak dapat tunaikan permintaan rakyat, sebab dia masih muda, masih mentah.”

One thought on ““Baru Setahun Jagung Sudah Nak Ajar Tok Nan Berpolitik” – Nenek Abdul Aziz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s