DAP Sarawak Mula Rasa ‘Panas’, Cemuh Media

AIDCNews – 05/5/16 – Hanya tinggal kurang 48 jam untuk pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak, DAP Sarawak mula rasa kepanasan dan menunding jari ke arah Barisan Nasional (BN) serta mencemuh media.

Pada sidang media terakhir menjelang hari pengundian Sabtu ini, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menuduh BN mengamalkan politik wang dan mencemuh media kerana melaporkan berita mengenai kekurangan pembangunan di kawasan-kawasan dikuasai oleh parti pembangkang itu.

Tanpa menamakan sebarang kawasan, beliau mendakwa peluang parti itu kini dalam bahaya dan larangan masuk beberapa pemimpin parti pusat ke negeri ini telah meredakan bahang pilihan raya dan mengakibatkan parti itu kurang menerima sumbangan derma.

“Adalah sukar untuk kami beropersi seperti sekarang ini kita perlu juga menjaga banyak kawasan-kawasan luar bandar,” kata Chong yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa.

Parti itu bangkit untuk melakarkan pencapaian terbaik dengan memenangi 12 kerusi pada pilihan raya negeri 2011 dan kali ini mengembangkan sayap di 16 kawasan majoriti kaum Dayak.

Penganalisis berkata kempen parti itu sudah menjangkau kemampuan kerana ia bukan sahaja perlu mempertahankan 12 kerusi tetapi juga berkempen di kawasan pedalaman di mana ia tidak mungkin mencapai prestasi yang baik.

“DAP mengumumkan sasaran menang sekurang-kurangnya 18 kerusi…ini bermakna 12 kerusi majoriti Cina dan tambahan enam kerusi di kawasan majoriti Dayak.

“Ini adalah misi yang mustahil,” kata penganalisis yang tidak mahu namanya disiarkan.

Pengulas politik, Dr Jeniri Amir berkata impak ‘Adenan’ akan menyaksikan lonjakan dalam undi popular daripada semua kaum untuk BN pada PRN Sarawak, Sabtu ini.

“Sudah tentu, saya tidak mengharapkan sebarang penurunan seterusnya kerana ‘deman dan aura’ Adenan. Beliau telah menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin bersifat rendah diri dan melaksanakan pembaharuan yang rakyat berpuas hati.

“Sokongan untuk BN akan meningkat secara menyeluruh daripada empat kumpulan etnik utama walaupun daripada masyarakat Cina. Saya menjangka kenaikan sekurang-kurangnya enam peratus.

“Jika Adenan boleh meningkatkan undi popular terutama dalam kalangan masyarakat Cina maka ia adalah satu pencapaian yang besar,” katanya.

Pada 2011, undi popular BN merosot kepada 55.4 peratus berbanding 61.8 peratus pada pilihan raya negeri 2006. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) adalah satu-satunya parti komponen BN mendapat peningkatan undi popular.

BN akan terus mendapat sokongan baik daripada masyarakat Melayu-Melanau manakala undi popular kaum Dayak akan meningkat walaupun wujud masalah isu-isu tempatan dan calon, kata Jeniri.

Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka peratusan yang keluar mengundi Sabtu ini adalah antara 75 dan 80 peratus, penganalisis dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu meramal antara 70 dan 73 peratus.

“Tidak seperti landskap politik 2011, bukan banyak orang akan pulang untuk mengundi kerana tiada tentangan yang luar biasa terhadap BN. Berikutan faktor geografi, sebilangan orang mungkin tidak keluar mengundi di kawasan pedalaman,” katanya.

Seorang lagi pemerhati politik berkata BN boleh mengharapkan lebih banyak undi daripada masyarakat Cina walaupun belum dapat dilihat sekiranya ia dapat mencetuskan peralihan sokongan kepada BN dalam beberapa kawasan.

“Sudah pasti, kerana populariti Adenan, akan ada peningkatan undi untuk BN. Berdasarkan bilangan hadirin pada majlis-majlis SUPP kali ini berbanding pilihan raya lepas, saya ramal undi popular kaum Cina akan lebih tinggi kali ini,” kara Dr Lee Kuok Tiung.

Beliau menjangka peratusan pengundi keluar mengunfi adalah antara 70 dan 75 peratus.

Bernama melaporkan 11 DUN yang dijangka menarik perhatian pada pengundian Sabtu ini :

1. Batu Kawah (N14): Medan pertempuran utama bagi BN dengan Presiden SUPP Senator Datuk Dr Sim Kui Hian berdepan dengan penyandang DAP Christina Chiew dan calon Bebas Liu Thian Leong, bekas pengerusi UPP di kawasan itu.

Ini merupakan cubaan kedua Dr Sim dalam pilihan raya negeri selepas tewas di Pending pada 2011. Chiew menewaskan Tan Joo Phoi (SUPP) dengan 543 undi pada 2011.

2. Ba’Kelalan (N81): Pertembungan di tanah tinggi Bario ini merupakan ulangan kepada pertemuan antara Ketua PKR Negeri Baru Bian dan anak saudaranya dan pilihan BN Willie Liau pada 2011 untuk memikat pribumi yang dominan dengan kaum Lun Bawang. Baru, menang dengan 473 undi ketika itu. Willie merupakan satu daripada lima calon SPDP dalam pilihan raya kali ini.

3. Batu Kitang (N13): Kerusi baharu yang ditandingi lima calon – Lo Khere Chiang (BN), Voon Shiak Ni (PKR), Abdul Aziz Isa (DAP), Sulaiman Kadir (Bebas), Datuk Seri Othman Bojeng (Bebas). Batu Kitang adalah pecahan daripada kawasan DAP di Kota Sentosa dan Batu Kawah.

4. Bawang Assan (N53): Satu-satunya kawasan majoriti Cina yang dimenangi BN Datuk Seri Wong Soon Koh pada 2011. Kini calon langsung BN, Wong bertanding untuk penggal kelima menentang Chiew Sung Ngie (DAP), Wong Sing Wei (Star) dan calon Bebas Watson Bangau dan Yeu Bang Keng. Pada 2011, Wong bertanding di bawah SUPP dan mengalahkan calon DAP Alice Lau dengan majoriti 1,808 undi. Dua tahun lepas, Wong meninggalkan SUPP untuk membentuk UPP tetapi meletak jawatan daripada kumpulan serpihan itu dan bertanding sebagai calon langsung BN pada pilihan raya kali ini. Pada usia 73, beliau merupakan calon tertua dan berkata beliau mempunyai sokongan kuat daripada 40 peratus pengundi Iban.

5. Dudong (N52): Pertembungan lima penjuru antara calon penyandang DAP Yap Hoi Liong, Datuk Tiong Thai King (BN), Ting Yik Hong (PKR) dan calon Bebas Casper Kayong Umping dan Lee Chung Fatt. Pada 2011, Yap menewaskan saingan terdekat Tiong dalam pertemuan tiga penjuru dengan 317 undi, sementara undi rosak berjumlah 211. Tiong ketika itu bersama SUPP, dan beliau merupakan dalam kumpulan yang meninggalkan parti itu dan membentuk UPP dan kemudian berhenti daripada parti serpihan itu untuk bertanding sebagai calon langsung BN.

6. Repok (N45): Dua muka baharu – calon BN Datuk Seri Hiong Tiong Sii (SUPP) dan Yong Siew Wei (DAP) bertanding untuk kerusi yang dimenangi oleh calon DAP Dr Wong Hua Seh pada 2011 dalam pertembungan tiga penjuru. Calon Bebas Wong Chin King, bekas anggota DAP mungkin akan memecah undi di sini.

7. Meradong (N46): Pertembungan satu lawan satu antara calon dua penggal DAP penyandang Ting Tze Fui dan calon BN Ding Kuong Hiing (SUPP) yang merupakan bekas anggota Parlimen Sarikei. BN mungkin mempunyai peluang baik di sini kerana pengundi dilaporkan tidak berpuas hati dengan khidmat diberikan DAP. Pada Pilihan Raya Umum 2013, Ding tewas dengan 505 undi di Sarikei, yang meliputi Meradong.

8. Senadin (N75): Penyandang BN Datuk Lee Kim Shin (SUPP) mengekalkan kerusi itu dengan 58 undi dalam pertandingan satu lawan satu dengan PKR dalam kawasan campuran ini pada 2011. Pada kali ini, beliau berdepan pencabar kaum Bumiputera, calon berbangsa Lun Bawang, Baru Langub (DAP) dan calon kaum Iban, Philemon John Edan (PBDSB). Kawasan ini terdiri daripada 50 peratus pengundi Cina dan 50 peratus Bumiputera.

9. Pujut (N74): Pertandingan empat penjuru membabitkan Dr Ting Tiong Choon (DAP), Datuk Hii King Chionh (BN) serta calon Bebas Jofri Jaraie dan penyandang Fong Pau Teck, yang dipecat daripada DAP pada 2013. Ahli perniagaan Hii, yang meletak jawatan daripada UPP untuk bertanding sebagai calon langsung BN, adalah seorang dermawan terkenal dan mempunyai peluang yang cerah berdepan Dr Ting, calon muka baharu dan bukan penduduk tempatan.

10. Piasau (N73): Pertembungan antara dua setiausaha agung – DAP dan SUPP, masing-masing Alan Ling Sie Kiong dan Datuk Sebastian Ting. Ia pertandingan yang sengit bagi calon BN berdepan Ling, yang digelar ‘giant-killer’ selepas mengalahkan bekas Presiden SUPP Tan Sri George Chan dengan 1,590 undi pada 2011.

11. Telang Usan (N77): Penyandang Dennis Ngau daripada BN akan mempertahankan kawasan pedalaman Orang Ulu itu dalam pertandingan satu lawan satu berdepan calon PKR Roland Engan. Pada 2011, Dennis menang dalam pertandingan empat penjuru, termasuk dengan PKR, untuk menang dengan 845 undi. Roland, calon muka baharu, merupakan Ketua PKR Baram.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s