Mengapa Ketua Polis Pulau Pinang Mendahului Peguam Negara ?

kp pp2My Nation News – Pagi tadi (semalam), akhbar The New Straits Times memetik kenyataan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab sebagai berkata beliau sudah dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwaraya bahawa pihak Peguam Negara telah membuat keputusan terhadap kes Akuan Bersumpah (SD) Phang Li Koon sebagai tiada tindakan susulan atau NFA (No Further Action).

“Mereka telah beritahu saya dua hari lalu tiada tindakan lanjut terhadap kes itu. Kes itu kini ditutup,” katanya dipetik akhbar itu dan disiarkan kira-kira jam 10.01 pagi tadi.

Dua hari lalu bermaksud pada Isnin lalu iaitu hari cuti lanjutan berikutan cuti umum Hari Pekerja jatuh pada Ahad.

Kenyataan Abdul Ghafar itu bagaimanapun dinafikan Pejabat Peguam Negara kononnya keputusan sudahpun dibuat berkaitan siasatan melibatkan Li Koon yang didakwa membuat kenyataan palsu di dalam suatu akuan berkanun melibatkan isu pembelian rumah banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan media dua perenggan, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata pihaknya masih lagi meneliti kes itu.

“Merujuk kepada laporan akhbar The Sun Daily dan The New Straits Times Online masing-masing bertarikh 4 Mei 2016 yang melaporkan bahawa Peguam Negara telah membuat keputusan untuk menutup siasatan melibatkan ahli perniagaan Phang Li Koon yang didakwa telah membuat kenyataan palsu di dalam suatu akuan berkanun yang melibatkan isu pembelian rumah bungalow oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Sehubungan itu, Jabatan Peguam Negara ingin menegaskan bahawa sehingga kini Peguam Negara belum membuat apa-apa keputusan berkaitan kes berkenaan dan ia masih dalam proses kajian dan tindakan Peguam Negara,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s