Guan Eng & Isteri Tiba Di Pejabat SPRM Untuk Beri Keterangan

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (dua dari kiri) dan isteri, Betty Chew Gek Cheng (kanan) hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kontroversi pembelian banglonya di Jalan Pinhorn, yang dikaitkan dengan skandal penjualan tanah Taman Manggis. – Foto BH: Danial Saad

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew tiba di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang pada 9.30 pagi ini untuk direkodkan keterangan dipercayai berhubung pembelian banglo dan penjualan tanah.

Mereka tiba dengan menaiki kenderaan rasmi ketua menteri. Tiga peguam turut hadir iaitu R.S.N Rayer dan Gobind Singh Deo yang mewakili Lim dan Ramkarpal Singh mewakili Chew.

Keterangan yang akan direkodkan dipercayai berhubung pembelian banglo oleh Lim di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin.

Pembelian banglo pada harga RM2.8 juta itu menjadi kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat bahawa harga itu di bawah nilai pasaran.

Juga didakwa bahawa pembelian banglo itu ada kaitan dengan penjualan tanah di Taman Manggis yang pada asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s