SD Phang Li Koon : Siasat Pencanggahan Kenyataan Ketua Polis Pulau Pinang & Pejabat Peguam Negara

musaAIDCNews – 05/5/16 – Ketua Polis Negara digesa menyiasat punca percanggahan kenyataan di antara Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab dan Pejabat Peguam Negara berkaitan dengan pengakuan bersumpah Phang Li Koon.

Gesaan itu dibuat oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

“Saya nak minta Ketua Polis Negara dan lagi elok Menteri Dalam Negeri sendiri siasat perkara ini dan beri penjelasan apa sebenarnya yang berlaku.

“Sebab kita tidak mahu ada tangan-tangan ghaib yang akan mengeruhkan lagi penyiasatan tentang kes ini,”katanya dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Pulau Pinang, Abdul Ghafar yang memberitahu media bahawa kes akuan sumpah oleh Phang Li Koon, ahli perniagaan yang menjual banglonya di bawah harga pasaran kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sudah ditutup dan tiada tindakan lanjut.

Katanya, keputusan itu dimaklumkan kepada beliau oleh Timbalan Pendakwaraya dari Pejabat Peguam Negara.

Namun sebaik sahaja kenyataan itu dibuat, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menafikannya dan menjelaskan, belum ada keputusan dibuat sama ada Phang akan didakwa atau tidak.

Katanya, kes berkenaan masih berada dalam proses kajian dan tindakan lanjut.

Menurut Musa, percanggahan ini perlu disiasat segera agar kepercayaan rakyat terhadap agensi kerajaan yang melakukan siasatan skandal banglo ini tidak tergugat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s