Undi Calon DAP Adalah Undi Sia-sia – PKR

KUCHING: Hari pengundian akan berlangsung tidak lama lagi tetapi PKR masih bertegas untuk bertanding di kerusi Batu Kitang dan meminta sekutunya dalam Pakatan Harapan, DAP, untuk menarik balik calon mereka.

Calon PKR di Batu Kitang, Voon Shiak Ni berkata beliau telah berkhidmat kawasan itu untuk beberapa dekad yang lalu dan mendakwa bahawa mereka mahu memberi platform yang lebih besar untuk beliau berkhidmat dengan lebih baik.

“Apabila DAP pada saat akhir meletakkan Abdul Aziz Isa Marindo, mereka tidak meletakkan kepentingan rakyat,” kata Voon, sambil menambah beliau mendapat sokongan rakyat, justeru tidak perlu menarik balik pencalonannya.

“DAP, untuk kepentingan rakyat, perlu memberi laluan,” katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan PKR di Kuching, Khamis.

Voon bertanding dalam pilihan raya untuk kali pertama.

Abdul Aziz Isa pada asalnya sepatutnya bertanding bagi kerusi Stakan, tetapi ramai yang terkejut apabila beliau telah dihantar untuk bertanding di Batu Kitang malam sebelum hari penamaan calon.

Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Dr Lee Boon Chye menyatakan tinjauan yang dilakukan pihak ketiga antara 27 April dan 1 Mei, menunjukkan bahawa calon mereka mempunyai dua peratus kelebihan mata ke atas DAP.

“Jika anda melihat kaji selidik itu, anda perlu tahu bahawa DAP tidak mempunyai peluang realistik untuk menang. PKR adalah satu-satunya parti realistik yang boleh mengalahkan Barisan Nasional,” katanya.

Beliau menyifatkan Abdul Aziz Isa sebagai ‘calon bidan terjun’, dan menyeru rakyat untuk tidak mengundi DAP.

“Ini adalah mesej yang kita mahu sampaikan. Jangan buang undi anda. Satu undi untuk calon DAP adalah undi sia-sia,” kata Dr Lee.

DAP dan PKR akan bersaing antara satu sama lain di enam kerusi termasuk Batu Kitang – Mstar

One thought on “Undi Calon DAP Adalah Undi Sia-sia – PKR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s