10 % Pengundi Cina Beralih Sokong BN Punca DAP Kalah -Chong

Selepas mengalami kekalahan teruk dengan kehilangan lima kerusinya pada pilihan raya Sarawak Ke-11, DAP hari ini mengakui bahawa sokongan masyarakat Cina kembali beralih kepada BN.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, berkata kira-kira 10 peratus pengundi Cina beralih menyokong BN menyebabkan parti itu gagal mempertahankan semua 12 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya negeri yang lalu.

“Satu sebab lagi ialah peratusan turun mengundi yang rendah menyebabkan kita gagal mendapat undi yang diharapkan untuk memenangi kerusi yang ditandingi.

“Tumpuan DAP kali ini yang lebih luas hingga ke kawasan luar bandar juga menyebabkan tumpuan di kerusi tradisi bandar terjejas dan kita kalah di banyak kerusi,” katanya kepada pemberita di Kuching, hari ini.

Pada pilihan raya hari ini DAP hanya mengekalkan tujuh kerusinya iaitu Pelawan, Pujut, Bukit Assek, Padungan, Kota Sentosa, Pending dan Tanjong Batu.

Selain itu, DAP juga kecundang di semua enam kerusi yang menjadi rebutannya dengan sekutunya, PKR.

Kerusi berkenaan adalah Batu Kitang, Ngemah, Mambong, Simanggang, Murum dan Mulu.

Meskipun Chong berjaya mengekalkan kemenangan di Kota Sentosa dengan 10,047 undi, namun majoritinya merosot hampir separuh.

Pada pilihan raya negeri lalu, ketua pembangkang Sarawak itu memperolehi 12,594 undi dengan majoriti 4,824.

Parti Cina di Sarawak – SUPP – pula mendapat nafas baru apabila presidennya, Senator Dr Sim Kui Hian berjaya merampas kerusi DUN Batu Kawah daripada DAP selepas menewaskan penyandangnya Christina Chiew Wang See dengan majoriti undi 2,085.

Malah, SUPP menang tujuh daripada 13 kerusi yang ditandinginya.

Di Bawang Assan, calon langsung BN, Datuk Seri Wong Soon Koh meraih 9,015 undi untuk melakarkan majoriti 4,131 undi ke atas pencabar Chiew Sung Ngie (DAP) 4,884, Wong Sing Wei (Star) 100 and dua calon Bebas, Watson Bangau 569 dan Yeu Bang Keng dengan 63 undi.

BN juga merampas kerusi Meradong dengan Ding Kuong Hiing melakukan kejutan terhadap penyandang dua penggal dari DAP, Ting Tze Fui dengan majoriti 1,516 undi.

Dalam pertandingan lima penjuru di Batu Kitang, muka baharu BN, Lo Khere Chiang mengalahkan pencabar terdekat Abdul Aziz Isa Marindo (DAP) dengan majoriti 1,840 undi.

DAP bertanding di 31 kerusi pada pilihan raya kali ini berbanding hanya 15 kerusi pada pilihan raya lalu- Malaysiakini.

Advertisements

One thought on “10 % Pengundi Cina Beralih Sokong BN Punca DAP Kalah -Chong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s