BN Menang 72 Kerusi Hadiah Cukup Bermakna Buat Adenan

AIDCNews – 07/5/16 – Kemenangan 72 kerusi daripada 82 kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak merupakan hadiah istimewa kepada Tan Sri Adenan Satem dengan mandat besar untuk menerajui kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) buat penggal ke-11.

Kemenangan 72 kerusi untuk pemimpin berusia 72 tahun itu pada pilihan raya negeri ke-11 menunjukkan rakyat Bumi Kenyalang memberi kepercayaan kepada Adenan untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-11.

Pencapaian itu merupakan detik bersejarah bagi Adenan, selaku presiden PBB, selama 40 tahun berkecimpung dalam politik.

Kemenangan itu lebih manis apabila BN merampas tujuh kerusi majoriti Cina termasuk kerusi paling panas iaitu Batu Kawah yang dimenangi Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian.

Mengetuai BN buat pertama kali pada pilihan raya negeri, Adenan meminta pengundi memberi peluang lima tahun lagi sebelum beliau bersara dalam politik bagi merealisasikan visinya membangunkan negeri ini bersama kaum Cina dalam kabinet negeri itu.

Bernama melaporkan kesemua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi ditandingi mereka pada PRN ke-11, termasuk Presiden SUPP Senator Dr Sim di Batu Kawah.

Pengerusi BN Sarawak Adenan Satem mencatat kemenangan mudah bagi kerusi Tanjong Datu, menewaskan pencabarnya Jazolkipli Numan daripada PKR untuk penggal ke-10 sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri.

Presiden PBB itu meraih 6,360 undi, manakala Jazolkipli hanya memperoleh 468 undi dan hilang deposit.

Dalam pertembungan paling ditunggu-tunggu pada pilihan raya negeri kali ini, Dr Sim yang meraih 6,414 undi, mengalahkan penyandang Christina Chiew Wang See daripada DAP yang memperoleh 4,329 undi.

Calon Bebas Liu Thian Leong, bekas pengerusi UPP Batu Kawah, hanya mendapat 1,109 undi, sekali gus hilang deposit.

Presiden PRS Tan Sri Dr James Masing mengekalkan kerusi Baleh yang disandangnya sejak 1983, apabila mengalahkan calon DAP Agop Linsong dengan majoriti 4,793 undi.

Masing yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, memperoleh 5,272 undi berbanding hanya 479 undi diraih Agop, yang hilang deposit dalam pertandingan satu lawan satu itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s