Dipecat PAS : Sudah Muak Lakonan Husam Menangis – Ketua Pemuda PAS Pahang

husam1. Ini menafikan fitnah sesetengah pihak yang mengatakan dalam PAS ada budaya takfiri, kononnya keluar PAS macam keluar agama. Pemecatan ini sekaligus menafikan fitnah tersebut. Sebab isu ni bukan orang keluar PAS, tapi PAS yang pecat.

2. Pemecatan ini bukanlah perkara yang menggemparkan sebab semua sedia maklum tindakan-tindakan Husam kebelakangan ini yang sangat jelas dan menjolok mata. Malah tidak sedikit kawan-kawan kita dalam organisasi swasta atau kerajaan yang biasa dengan karenah organisasi pelik sekian lama kenapa Husam tidak diambil tindakan sedari awal.

3. Menangis? Sebak? Terkejut? Sudahlah… kami ahli di peringkat bawahan ni dah muak dengan lakonan demi lakonan politik… pengalaman melalui krisis dalaman selama ini mematangkan kami dari terpedaya dengan pelakon-pelakon politik. Cuma kami mungkin sedikit terkilan kerana ia mari dari orang yang mengaku berjuang Islam…

4. Kami ahli PAS di bawah ini ingin agar pimpinan membimbing kami dalam perjuangan ini dengan keteladanan. Dari tingkah laku dan kerjabuat Husam di sepanjang krisis ini, dari konteks adab berjamaah atau disiplin berorganisasi, tak ada yang boleh diteladani. Mungkin dengan pemecatan ini, dia boleh mengembangkan idea-idea yang dirasakannya cukup bernas itu dengan lebih bebas dan tidak terikat.

5. Adakah kami gembira dengan pemecatan ini? Tiada siapa pun yang gembira dengan krisis yang berlaku. Namun krisis tetap perlu ditangani. Ia tidak boleh dibiarkan berpanjangan. Jika Husam bersedih dengan pemecatan ini, kami ahli-ahli PAS lagi sekian lama bersedih melihat orang yang mengaku anak didik Tok Guru tapi menghentam dan memperlekehkan jamaah dan pimpinan sendiri.

Kami akur dan berdiri teguh di atas keputusan yang telah dibuat oleh pimpinan jamaah. Ayuh kita terus beristiqamah!

Ustaz Hazmi Dibok
Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang

hani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s