Kit Siang Luahkan Kesedihan, Kalah Di Batu Kitang & Tewas Semua Di Kawasan Dayak

AIDCNews – 07/5/16 –Penasihat DAP, Lim Kit Siang sedih apabila satu-satu calon Melayu parti itu, Abdul Aziz Isa tewas di DUN Batu Kitang dan tewas semua di kawasan Dayak yang ditandingi parti itu.

“Ia akan menjadi malam suram kerana keputusan PRN Sarawak ke-11. Ujian daya tahan, ketabahan dan stamina dalam perjuangan politik,” katanya di Twitter malam ini.

Di N13, DUN Batu Kitang, calon BN-SUPP, Lo Khere Chiang mendapat 6466 undi menewaskan empat pencabar lain dengan majoriti 1,840 undi

Calon DAP, Abdul Aziz Isa yang sebelum ini diramalkan ‘menang’ hanya mendapat 4626 undi, begitu juga pesaingnya dari calon PKR Voon Shiak Ni hanya mendapat 883 undi.

Manakala dua calon bebas lain pula hilang wang deposit; Sulaiman Kadir, 61 undi dan Othman Bojeng 54 undi.

DUN Batu Kitang merupakan kawasan pengundi majoriti kaum Cina yang sebelum ini menjadi target DAP.

Selain DUN Batu Kitang, lima lagi DUN yang berlaku pertembungan di antara calon DAP dan PKR juga mengalami nasib yang sama.

Namun, bezanya, kelima-lima DUN itu bukan majoriti pengundi Cina, sebaliknya ia merupakan majoriti pengundi Dayak.

Lima DUN itu adalah Mambong, Simanggang, Murum, Mulu dan Ngemah

Di N19 Mambong, calon BN, Datuk Dr Jerip Susil mendapat 6,161 undi menewaskan dua pencabarnya dari DAP dan PKR dengan majoriti 3,333 undi.

Calon DAP dan PKR mempunyai undi yang hampir sama iaitu Sanjan Daik (DAP) mendapat 2,828 undi dan Willie Mongin (PKR) mendapat 2,645 undi.

Jika dicampur antara undi calon DAP dan PKR sekalipun, Dr Jerip masih boleh memenangi DUN berkenaan dengan majoriti 688 undi.

Di N32 Simanggang, calon BN Datuk Francis Harden ak Hollis (BN – SUPP) mendapat 4,094 undi menewaskan tiga pencabar lain dengan majoriti 1,388 undi.

Calon DAP dan PKR yang sebelum ini mendabik dada boleh menang, ternyata gagal mendapat sokongan apabila Leon Jimat Donald (DAP) mendapat 695 undi dan Norina Umoi ak Utot (PKR) mendapat 580 undi.

Ini merupakan percubaan kedua Leon Jimat Donald bertanding di DUN Simanggang. Meskipun berjawatan Naib Presiden DAP Sarawak (dilantik), namun Leon Jimat tiada pengaruh dalam komuniti Dayak di Sarawak.

Pada PRN 2011, Leon Jimat kalah di DUN Simanggang kepada Francis Harden dengan majoriti 2,447 undi dalam perlawanan satu lawan satu di DUN berkenaan.

Ketika itu, calon BN, Francis Harden mendapat 4,758 undi, manakala Leon Jimat mendapat 2,311 undi.

Pada PRN 2016, berbeza dengan calon DAP dan PKR, calon bebas Ngu Piew Seng lebih banyak pengaruhnya apabila berjaya mendapatkan 2,706 undi.

Ngu Piew Seng atau Datuk Dr Ngu Piew Seng merupakan Presiden Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Sri Aman dan Betong.

Bermakna jumlah 2,311 undi yang diperolehi oleh Leon Jimat pada PRN 2011, sebahagian besar daripada komuniti kaum Cina dan undi itu telah diambil oleh calon bebas Ngu pada PRN 2016.

Di N49 Ngemah, calon BN-PRS, Alexander ak Vincent mendapat 2888 undi menewaskan tiga pencabar lain dengan majoriti 154 undi.

Sama ada calon DAP dan PKR, kedua-duanya tidak mempunyai pengaruh di kalangan komuniti kaum Dayak berbanding dengan calon bebas, Joseph Jawa ak Kendawang.

Richard ak Lias (DAP) hanya mendapat 243 undi dan Thomas Laja ak Besi (PKR) mendapat 396 undi, berbanding dengan calon bebas Joseph Jawa mendapat 2734 undi.

Joseph Jawa atau Dr Jawa adalah bekas aktivis PRS dan bekas Presiden Sarawak Dayak Graduates Association (SDGA).

Di N66 Murum, calon BN-PRS, Chukpai Ugon mendapat 3265 undi menewaskan tiga pencabarnya yang lain dengan majoriti 2,200 undi.

Calon DAP, Mathew Silek paling lemah apabila hanya mendapat 687 undi, berbanding dengan calon PKR, Abun Sui Anyit mendapat 1,065 undi.

Seorang lagi calon bebas, Stanley Ajang Batok turut memungut lebih banyak undi daripada calon DAP, apabila mendapat 1,029 undi.

Stanley Ajang merupakan bekas ADUN Belaga selama dua penggal atas tiket Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).

Selepas PBDS dibubarkan beliau menyertai Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Namun, apabila DUN Murum diperuntukkan kepada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Stanley Anjang memilih untuk menjadi calon bebas di DUN berkenaan.

Ini bermakna bekas aktivis calon BN, sama ada SPDP atau PRS apabila mereka tidak dicalonkan, mereka lebih rela menjadi calon bebas daripada menyertai DAP atau PKR.

Di N78 Mulu, calon BN, Datuk Gerawat Gala mendapat 3,198 undi menewaskan tiga pencabar yang lain dengan majoriti 1,708 undi.

Berbanding dengan calon DAP, calon PKR Pauls Baya lebih berpengaruh apabila mendapat 1,490 undi, sedangkan calon DAP, Paul Anyie Raja hanya mendapat 309 undi sahaja.

Seorang lagi calon bebas, Roland Dom Mattu hilang wang deposit apabila hanya mendapat 239 undi.

Jika disatukan semua jumlah undi PKR, DAP dan Bebas, Gerawat masih menang di DUN berkenaan dengan majoriti 1,160 undi.

Selain 6 DUN di atas, calon DAP juga tewas di 12 kerusi lain :

1. N2-Tasik Biru – Calon DAP, Mordi Bimol (5,634 undi) tewas kepada calon BN, Henry Jinep (6,922 undi) dengan majoriti 1,288 undi.

2. N17-Stakan – Calon DAP, Leslie Ting Xiang Zhi (1,778 undi) tewas kepada calon BN-PBB, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (8,820 undi) dengan majoriti 7,042 undi.

3. N22-Kedup – Calon DAP, Andrew Nyabe (1,941 undi) tewas kepada calon BN-PBB, Maclaine Ben @ Martin Ben (5,769 undi) dengan majoriti 3,828 undi.

Calon PBDSB, Mark Murau ak Sumon hilang wang deposit (168 undi)

4. N23 Bukit Semuja – Calon DAP, Edward ak Andrew Luwak @Edward Luwak (2,307 undi) tewas kepada calon BN, John ak Ilus (5,451 undi) dengan majoriti 3,144 undi.

Calon bebas, Fredrick Bayoi ak Maggie mendapat undi 1,196 undi, manakala dua calon lain hilang wang deposit; Johnny ak Aput (STAR) 53 undi dan Cobbold ak Lusoi (PBDSB) 133 undi.

5. N47-Pakan – Calon DAP, Rinda Juliza ak Alexander (285 undi) tewas kepada calon BN, Tan Sri William Mawan (3,999 undi).

Calon bebas, Jawie ak Jingot @ Jenggot lebih berpengaruh daripada calon DAP apabila mendapat 3,573 undi

Majoriti kemenangan calon BN adalah 426 undi.

6. N61- Pelagus – Calon DAP, Frankie Bedindang Manjah hilang wang deposit (494 undi) tewas kepada calon BN-PRS, Wilson Nyabong Igang (3,778 undi).

Seorang lagi calon bebas, Yong ak Sibat hilang wang deposit (321 undi)

Majoriti kemenangan calon BN adalah 3,284 undi.

7. N62- Katibas – Calon DAP, Paren ak Nyawi (1,628 undi) tewas kepada calon BN-PBB, Datuk Ambrose Blikau ak Enturan (4,681 undi) dengan majoriti 3,053 undi.

8. N63- Bukit Goram – Calon DAP, Larry Asap (2,010 undi) tewas kepada calon BN-PBB, Jefferson Jamit Unyat (4,596 undi) dengan majoriti 2,586 undi.

9. N64- Baleh – Calon DAP, Agop Linsong (479 undi) tewas kepada calon BN-PRS, Tan Sri Dr James Jemut Masing (5,272 undi) dengan majoriti 4,793 undi.

10. N69- Kemena – Calon DAP, Leighton ak Manjah (2,324 undi) tewas kepada calon BN-PBB, Datuk Dr Stephen Rundi ak Utom (7,192 undi) dengan majoriti 4,868 undi.

11. N70- Samalaju – Calon DAP, Baba ak Emperan (2,992 undi) tewas kepada calon BN-PRS, Majang ak Renggi (5,456 undi).

Seorang lagi calon PAS, Zharudin Narudin hilang wang deposit (447 undi)

Majoriti kemenangan calon BN adalah 2,464 undi.

12. N75 – Senadin – Calon DAP, Dr Bob Baru Langub (7,145 undi) tewas kepada calon BN-SUPP, Datuk Lee Kim Shin (10,683 undi).

Seorang lagi calon PBDSB, Philemon John Edan hilang wang deposit (329 undi)

Majoriti kemenangan calon BN adalah 3,538 undi.

DAP Yakin Dapat Tawan Sarawak Lima Tahun Lagi

PRN Sarawak : Kit Siang Bapa Rasis , Diskriminasi Calon Dayak

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s