Lima DUN DAP Dirampas BN

ADUN DAP 2011AIDCNews – 07/5/16 –Lima Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini dimenangi calon DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2011 kini telah dirampas kembali calon Barisan Nasional(BN).

Kelima-lima DUN itu adalah Piasu, Repok, Batu Kawah, Meradong dan Dudong.

Kesemua kawasan itu merupakan kawasan majoriti pengundi Cina.

Di N14 Batu Kawah, penyandang ADUN DAP, Christina Chiew Wang See tewas kepada Presiden SUPP Senator Dr Sim Kui Hian dengan majoriti 2,085 undi.

Dr Sim mendapat 6,414 undi dalam pertandingan tiga penjuru dengan Chiew yang memperoleh 4,329 undi dan calon Bebas Liu Thian Leong, 1,109 undi (beliau hilang deposit).

Kemenangan Dr Sim yang juga anak kepada bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, mendiang Datuk Amar Sim Kheng Hong memberi signal baharu trend pengundi Cina di Sarawak.

Di N73 Piasu, Setiausaha DAP Sarawak yang juga penyandang DUN itu, Alan Ling Sie Kien tewas kepada calon BN-SUPP, Dato Sebastian Ting Chiew Yew dengan majoriti 2,112 undi.

Pada PRN 2011, Ling memenangi DUN itu dengan majoriti 1,590 undi.

Namun, pada PRN kali ini, calon BN, Ting mendapat 7,799 menewaskan penyandangnya dari DAP yang mendapat 5,687 undi.

Di N46 Meradong, calon DAP yang juga penyandang DUN itu Ting Tze Fui tewas kepada calon BN-SUPP, Ding Kuong Hiing dengan majoriti 1516 undi.

Calon BN, Ding mendapat 6,865 undi, manakala Ting mendapat 5,349 undi.

“Ya, kami kalah di Meradong. Kami kalah dalam Kawasan bandar, ditambah pula beberapa undi Cina (lari) kembali kepada BN,”tulis Ting dalam Facebook.

Pada PRN 2011, calon DAP, Ting menewaskan calon BN-SUPP, Ling Kie Kiong dengan majoriti 2,687 undi

Di N45 Repok, calon muka baharu DAP, Yong Siew Wei tewas kepada calon muka baharu BN, Dato Dr Huang Tiong Sii (BN – SUPP) dengan majoriti 943 undi.

Calon BN, Dr Huang mendapat 7,446 undi, manakala Yong pula mendapat 6,503 undi.

Selain itu seorang lagi calon bebas yang turut bertanding, Wong Chin King mendapat 381 undi.

Pada PRN 2011, calon DAP, Wong Hua Seh menewaskan calon BN-SUPP, Datuk David Teng Lung Chi dengan majoriti 2,679 undi.

Di N52 Dudong, calon DAP, Yap Hoi Liong yang merupakan penyandang DUN berkenaan tewas kepada calon BN, Tiong Thai King dengan majoriti 2,146 undi,

Yap (DAP) mendapat 7,554 undi, manakala Tiong (BN) mendapat 9,700 undi.

Meskipun tewas, namun calon bebas, Lee Chung Fatt berjaya membuat kejutan apabila mendapat 3,288 undi.

Lee Chung Fatt atau Dato Sri Lee Chung Fatt @ Benny merupakan aktivis SUPP bertanding calon bebas apabila namanya tidak dicalonkan bertanding di DUN berkenaan.

Manakala dua calon lain hilang deposit apabila Ting Yiik Hong (STAR) mendapat 127 undi dan Casper Kayong Anak Umping (BEBAS) mendapat 178 undi.

Pada PRN 2001, Yap (DAP) menewaskan Tiong (BN) dengan majoriti 317 undi.

2 thoughts on “Lima DUN DAP Dirampas BN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s