PRN Sarawak : DAP Tewas di Lapan DUN Majoriti Pengundi Cina

lim-2.jpgAIDCNews – 08/5/16 – Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, DAP telah tewas di lapan Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti pengundi Cina.

Lapan DUN itu, termasuklah satu DUN baharu, N13 Batu Kitang, dua DUN yang menjadi target DAP, N53 Bawang Assan dan N75 Senadin dan lima DUN yang asalnya milik DAP tetapi dirampas Barisan Nasional (BN) iaitu N14 Batu Kawah, N45 Repok, N46 Meradong, N52 Dudong dan N73 Piasau

Di DUN Baharu Batu Kitang, DAP silap percaturan dengan meletakkan calon Melayu, Abdul Aziz Isa, ia mengulangi kesilapan DAP meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Perak pada 2014.

Kesilapan kedua DAP adalah sengaja meletakkan Abdul Aziz bertembung dengan calon PKR, Voon Shiak Ni.

Walhal, sebelum ini, Abdul Aziz sepatutnya akan bertanding di DUN Stakan.

1-batu kitang

DAP juga bercita-cita tinggi apabila mewar-warkan mahu merampas DUN Bawang Assan dan Senadin yang sebelum ini dimenangi calon BN pada PRN 2011.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mensasarkan DUN Bawang Assan sebagai penentu aras untuk memastikan parti itu dapat menawan Sarawak pada PRN akan datang.

Strategi DAP yang sengaja buat bising untuk menawan DUN Bawang Assan dan Senadin untuk mencapai misi menawan Sarawak pada 2021 menyebabkan penyandang BN di DUN berkenaan telah bekerja keras untuk mempertahankan kedudukan kerusi mereka.

Hasilnya, kedua-dua calon BN itu mengekalkan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar berbanding dengan PRN 2011.

Selanjutnya, sila baca “PRN Sarawak : Kit Siang Bapa Rasis , Diskriminasi Calon Dayak” dan “DAP Yakin Dapat Tawan Sarawak Lima Tahun Lagi

6-bawang assan

8-senadin

Hasil kerja keras jentera BN khususnya jentera Cina, lima DUN yang sebelum ini menjadi milik DAP telah dirampas oleh calon BN.

Lima DUN itu adalah Batu Kawah, Repok, Meradong, Dudong dan Piasau.

Selain faktor Adenan Satem, ada lagi faktor lain yang menyebab pengundi Cina beralih arah dari DAP kepada BN, antaranya faktor calon DAP gagal melaksanakan tugas di kawasan yang diwakilinya dan faktor skandal Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

hani

Selanjutnya, sila baca “Lima DUN DAP Dirampas BN

2-batu kawah

3-repok

4-meradong

5-dudong

7-piasau

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s