PAS Pula Pelawa PKR Sertai Blok Politik Ketiga

PETALING JAYA: Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengajak PKR menyertai blok politik ketiga bersama parti Islam itu dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), selepas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyarankan PAS kembali bersama DAP dan parti itu.

Pengarah Operasi PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata tanpa DAP, pihaknya melihat gabungan PAS, PKR dan parti-parti lain seperti IKATAN mampu membawa kesan besar termasuk menukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Keputusan PKR untuk bersama PAS dan blok barunya atau Pakatan Harapan (PH) tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi dengan pengertian lain ‘strategi melambat-lambatkan permainan’ akan menjadi tidak relevan dalam tempoh sebulan dua mulai sekarang,” katanya kepada FMT hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin yang menyarankan PAS kembali bersama DAP dan PKR sebagai sebuah pasukan untuk menghadapi PRU14.

Azmin berkata, parti pembangkang perlu bermuhasabah diri atas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 yang jelas menunjukkan rakyat Sarawak menolak parti pembangkang disebabkan perbalahan sesama sendiri.

Beliau berpendapat, pencapaian pembangkang pada PRN kali ini mungkin lebih baik jika sejak awal lagi mereka bersatu hati dan bekerjasama.

Mengulas lanjut, Zuhdi menjelaskan parti itu masih mematuhi keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang menetapkan hubungan tahaluf siyasi antara PAS dan DAP telah terputus manakala hubungan dengan PKR masih terjalin.

“Berdasarkan pemantauan PPP terhadap kenyataan-kenyataan pimpinan PAS dan PKR didapati PAS tidak pernah meninggalkan PKR tetapi PKR yang kelihatan menjauhkan diri daripada PAS,” katanya.

Mengulas saranan Azmin supaya PAS kembali bersama DAP dan PKR, Naib Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin pula berpendapat parti itu selesa dan komited dengan blok politik ketiga iaitu bersama IKATAN dan badan-badan bukan kerajaan di bawah Kongres Rakyat.

“PAS sentiasa terbuka untuk mengadakan kerjasama politik dengan mana-mana parti asalkan parti tersebut menghormati dasar PAS dan ketetapan dalam perjanjian kerjasama,” tegasnya – FMT

2 thoughts on “PAS Pula Pelawa PKR Sertai Blok Politik Ketiga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s