PRN Sarawak : Majoriti Kemenangan 7 DUN DAP Merosot 32% Hingga 63%

DAP-sarawakAIDCNews – 09/5/16 – Meskipun, tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP berjaya mengekalkan kemenangan di kawasan masing-masing, namun majoriti undi yang diperolehi mereka telah merosot di antara 32 peratus hingga 63 peratus berbanding dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2011.

Kemerosotan majoriti undi DAP itu berlaku di ketujuh-tujuh kawasan iaitu di N9 Padungan, N10 Pending, N12 Kota Sentosa, N51 Bukit Assek, N54 Pelawan, N68 Tanjong Batu dan N74 Pujut.

Misalnya, di N9 Padungan pada PRN 2011 majoriti undi calon DAP yang diperolehi wakil rakyat kawasan itu adalah 7,884 undi, namun ia merosot kepada 4,270 undi pada PRN 2016.

Begitu juga dengan N68 Tanjong Batu. Pada PRN 2011, DUN itu dikenali sebagai Kidurong, calonnya memperolehi majoriti 6,930 undi, namun merosot undi yang diperolehi pada PRN 2016 kepada 2,548 undi.

Kemerosotan majoriti undi itu dapat dilihat di jadual perbandingan seperti yang dilampirkan di bawah.

1-padungan

2-pending

3- kota sentosa

4-bukit assek

5-pelawan

6-tanjong batu

7-pujut

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s