Sikap Tamak Punca DAP Hilang 5 DUN & 7 Calon Hilang Wang Deposit

AIDCNews – 09/5/16 – Sikap tamak DAP Sarawak yang meletakkan calon melebihi keupayaan sebenar parti merupakan punca tujuh calon DAP kalah dengan kehilangan wang deposit.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2011, DAP negeri mengamalkan dasar yang lebih realistik iaitu meletakkan calon 15 calon di kerusi yang dijangka boleh menang parti itu.

Daripada 15 DUN yang ditandingi DAP, parti itu memilih 13 DUN kawasan majoriti pengundi Cina dan dua DUN yang pengundi Cina mempunyai 30 peratus iaitu Simanggang (Iban) dan Bukit Kota (Melayu).

Pada PRN 2011, DAP memenangi 12 DUN di kawasan majoriti pengundi Cina iaitu Padungan (Wong King Wei), Pending (Violet Yong Wui Wui), Kota Sentosa (Chong Chieng Jen), Meradong (Ting Tze Fui), Bukit Assek (Wong Ho Leng), Kidurong (Chiew Chiu Sing), Batu Kawa (Christina Chiew Wang See), Repok (Wong Hua Seh), Dudong (Yap Hoi Liong), Pelawan (Wong Kee Woan), Piasau (Ling Sie Kiong) dan Pujut (Fong Pau Teck-kemudian dipecat parti).

Namun, DAP turut tewas di satu lagi kawasan majoriti pengundi Cina iaitu DUN Bawang Assan apabila calonnya, Alice Lau Kiong Yeng tewas kepada calon BN, Dato’ Sri Wong Soon Koh dengan majoriti 1,808 undi.

Begitu juga percubaan DAP meletakkan calon di kawasan bukan majoriti pengundi Cina menemui kegagalan.

Calon DAP, Leon Jimat Donald tewas kepada Datuk Francis Harden Hollis di DUN Simanggang dengan majoriti 2,447 undi.

Begitu juga calon DAP, Leong Kwang Yew tewas kepada Dr Abdul Rahman Ismail di DUN Bukit Kota dengan majoriti 5,061 undi.

Walaupun DAP tewas tiga calon daripada 15 calon pada PRN itu, namun tiada seorang pun yang kehilangan wang deposit.

Tidak mengambil pengajaran PRN 2011, DAP Sarawak meletakkan calon lebih ramai di kawasan bukan majoriti pengundi Cina pada PRN 2016.

Daripada 31 calon yang diletakkan parti itu, 16 calon diletakkan di kawasan pengundi majoriti bukan Cina dan 15 calon diletakkan di kawasan majoriti pengundi Cina.

15 calon yang yang diletakkan di kawasan majoriti pengundi Cina adalah; Wong King Wei (Padungan), Violet Yong Wui Wui (Pending), Chong Chieng Jen (Kota Sentosa), Abdul Aziz Isa (Batu Kitang), Christina Chew Wang See (Batu Kawah), Yong Siew Wei(Repok), Ting Tze Fui (Meradong), Irene Mary Chang Oi Ling (Bukit Assek), Yap Hoi Liong (Dudong), Chiew Sung Ngie (Bawang Assan), Wong Kee Woan (Pelawan), Chien Chiu Sing (Tanjong Batu), Alan Ling Sie Kien (Piasau), Ting Tiong Choon (Pujut) dan Dr Bob Baru Langub (Senadin)

Manakala 16 calon yang diletakkan di kawasan majoriti pengundi bukan Cina adalah; Mordi ak Bimol (Tasik Biru), Leslie Ting Xiang Zhi (Stakan), Sanjan Daik (Mambong), Andrew Nyabe (Kedup), Edward ak Andrew Luwak @Edward Luwak (Bukit Semuja), Leon Jimat Donald (Simanggang), Rinda Juliza ak Alexander (Pakan), Richard ak Lias (Ngemah), Frankie Bedindang Manjah (Pelagus), Paren ak Nyawi (Katibas), Larry Asap (Bukit Goram), Agop Linsong (Baleh), Mathew Silek (Murum), Leighton ak Manjah (Kemena), Baba ak Emperan (Samalaju) dan Paul Anyie Raja (Mulu).

Sikap tamak DAP meletakkan ramai calon di kawasan majoriti bukan pengundi Cina sebagai memenuhi impian penasihat parti itu, Lim Kit Siang yang bercita-cita menawan Sarawak pada 2021.

Selanjutnya, sila baca “PRN Sarawak : Kit Siang Bapa Rasis , Diskriminasi Calon Dayak” dan “DAP Yakin Dapat Tawan Sarawak Lima Tahun Lagi

Walau bagaimanapun, sikap tamak DAP itu mengundang padah apabila lima daripada 12 kerusi yang dimenangi DAP pada PRN 2011 telah tewas kepada calon BN iaitu di DUN Piasu, Repok, Batu Kawah, Meradong dan Dudong.

Selanjutnya sila baca “Lima DUN DAP Dirampas BN

Selain itu, DAP juga turut mencatat sejarah baharu apabila tujuh daripada 24 calon DAP yang tewas telah kehilangan wang deposit

Tujuh calon DAP yang kehilangan wang deposit itu adalah Leon Jimat Donald (Simanggang), Rinda Juliza ak Alexander (Pakan), Richard ak Lias (Ngemah), Frankie Bedindang Manjah (Pelagus), Agop Linsong (Baleh), Mathew Silek (Murum) dan Paul Anyie Raja (Mulu)

Kesemua calon DAP yang kehilangan wang deposit itu terletak di kawasan majoriti pengundi bukan Cina.

n32-simanggang

n47-pakan

n-49-ngemah

n61-pelagus

n-64-baleh

murum

n78-mulu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s