Calon Presiden Filipina Pro Nurul Izzah Tewas Pemilihan

Jejomar Binay (bertanda bulat) tewas dalam pemilihan Presiden Filipina. Beliau merupakan penganjur lawatan Nurul Izzah Anwar ke negara itu pada pada 9 Nov tahun lalu
AIDCNews – 10/5/16 –Bekas Naib Presiden Filipina, Jejomar Binay telah tewas dalam pemilihan jawatan Presiden negara itu yang baharu.

Binay dilaporkan berada di tempat keempat selepas Grace Poe, Mar Roxas dan Rodrigo Duterte.

Tinjauan pendapat menjelang pilihan raya menunjukkan Duterte, Datuk Bandar selesa mendahului empat pencabarnya untuk menjadi presiden, lapor Reuters

Duterte mendapat gelaran ‘Trump Dari Timur’ menggunakan simbol penumbuk yang bermaksud bersedia melawan undang-undang.

“Simbol kempen Duterte adalah penumbuk, bertujuan melanggar undang-undang, tetapi juga menyasarkan segelintir golongan yang menguasai negara.

“Mesejnya diterima golongan miskin yang kecewa dengan kerajaan tetapi peminatnya daripada semua peringkat,” kata penulis dihormati Filipina, Miguel Syjuco.

Pada 9 November tahun lalu, Binay merupakan penganjur lawatan Ahli Parlimen pembangkang dari Malaysia, Nurul Izzah Anwar untuk hadir ke negara sebagai salah satu kempen awal merebut jawatan Presiden Filipina.

Isu kehadiran Nurul Izah menjadi kontroversi apabila beliau turut bergambar dengan Jacel Kiram anak pengganas Sulu yang bertanggungjawab menceroboh di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013.

“Apabila berita mula meletup berkenaan pertemuan Nurul Izzah dan Jacel Kiram membincangkan isu-isu yang hanya diketahui oleh mereka sahaja, rakyat Malaysia terkejut bahawa Nurul Izzah adalah ‘mesra’ dengan anak perempuan, yang bapanya (Jamalul Kiram III) bertanggungjawab menceroboh di Lahad Datu, Sabah.

“Hari ini, calon Presiden Filipina, Jejomar Binay berikrar akan meneruskan tuntutan terhadap Sabah. Bagaimana kebetulan ini boleh berlaku?

“Rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Sabah kini perlu lebih berhati-hati berkenaan pembangkang dan agendanya,” kata penganalisis politik Ronnie Klassen dalam Facebooknya.

Ronnie Klassen (kiri) bersama Anwar Ibrahim
Ronnie Klassen yang juga aktivis NGO Demokrasi Sabah itu juga turut melampirkan laporan Sabah Kini berkenaan tuntutan calon Presiden Filipina tersebut.

Laporan itu menyebut, Wisma Putra telah memanggil duta Filipina berhubung tuntutan terhadap Sabah yang dibuat oleh calon Presiden Filipina, baru-baru ini.

Kementerian Menteri Luar dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa Konsul Besar Filipina di Malaysia Maria Antonina M.Mendoza-Oblena dipanggil berhubung kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden Jejomar Binay, yang bertanding untuk jawatan tertinggi di negara itu.

Binay dilaporkan media tempatan, berikrar untuk meneruskan tuntutan sempadan negara berkenaan ke atas Sabah, sekiranya beliau dipilih sebagai presiden semasa pemilihan, pada 9 Mei depan.

Wisma Putra berkata:”Kerajaan Malaysia ingin menegaskan pendirianya bahawa Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah.”

Kementerian itu berkata Sabah telah diiktiraf oleh PBB dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan persekutuan pada 16 September 1963.

One thought on “Calon Presiden Filipina Pro Nurul Izzah Tewas Pemilihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s