DAP Dedah Sebab Sebenar Pilih Abdul Aziz Bertanding Di Batu Kitang

superman
AIDCNews – 10/5/16 – Penceramah terkenal DAP, Hew Kuan Yau mendedahkan sebab sebenar Abdul Aziz Isa Marindo dipilih bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 baru-baru ini.

Hew yang lebih dikenali sebagai ‘Superman’ berkata Abdul Aziz yang susur galur keluarganya dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan digunakan DAP untuk ‘skrew’ kumpulan Melayu di negeri itu

“Kita (DAP) mesti bagi menang Aziz di Batu Kitang. Aziz mungkin jadi ADUN Melayu pertama DAP di Sarawak

“Supaya Aziz boleh ‘skrew’ puak Melayu sendiri..’skrew’ Melayu korup sendiri..’skrew’ pokai Melayu sendiri.

“Ini menjadi wayang terbaik yang patut kita lihat, setuju atau tidak,”kata Superman DAP dalam ceramahnya.

DUN Batu Kitang merupakan kerusi baharu dengan sejumlah 17,494 orang pengundi yang terdiri daripada 54.8 peratus Cina, 20.1 peratus Melayu-Melanau, 5.8 peratus Iban, 14.5 peratus Bidayuh, 0.4 peratus Orang Ulu dan 4.4 peratus daripada kumpulan etnik yang lain.

Walau bagimanapun hasrat Superman DAP itu untuk memastikan Abdul Aziz menang di DUN Batu Kitang itu tidak kesampaian apabila calon DAP itu tewas kepada calon BN-SUPP, Lo Khere Chiang dengan majoriti 1,840 undi.

Sebelum ini, MINDA AIDCNews mendedahkan DAP mengambil Abdul Aziz berkerja dengan parti itu bukan kerana bakatnya tetapi kerana susur galur keluarganya.

“Aziz dilaporkan telah menyertai DAP kira-kira bulan Jun 2013, selepas mengikuti latihan industri di pejabat DAP selama lebih dua bulan sebagai pelengkap untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ketika itu.

“Ketika itu Aziz baru berusia 24 tahun, tetapi DAP Sarawak telah melihat ‘potensi besar’ dalam dirinya, mengikat dengan bayaran gaji bulanan sebagai pembantu khas Chong (Chieng Jen, Pengerusi DAP Sarawak) dan diberi tugas sebagai penyelaras DAP DUN Tupong.

“Chong sendiri mengakui melantik dan membayar Aziz untuk meneroka kawasan-kawasan baru yang bukan majoriti pengundi Cina.”

Selanjutnya, sila baca “Misi DAP Pecah Belahkan Keluarga Aziz Isa Berjaya

aziz-grandma

Sementara itu, Abdul Aziz ketika mengulas kekalahannya di DUN Batu Kitang secara menyindir meminta calon BN-SUPP, Lo Khere Chiang berterima kasih kepada neneknya, Hajah Mazuin Haji Manan yang telah berkempen menentangnya.

Secara tidak langsung, Abdul Aziz mengakui bahawa faktor neneknya merupakan salah satu sebab dia tewas di DUN berkenaan.

“Baru Setahun Jagung Sudah Nak Ajar Tok Nan Berpolitik” – Nenek Abdul Aziz

Advertisements

One thought on “DAP Dedah Sebab Sebenar Pilih Abdul Aziz Bertanding Di Batu Kitang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s