Exco Pulau Pinang Telah Sahkan RM305 Juta Untuk Kos Kajian Terowong Dasar Laut – Abdul Rahman

AIDCNews – 10/5/16 – Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Lim Hock Seng telah mengesahkan bahawa kos kajian untuk Projek Terowong Dasar Laut adalah bernilai RM305 juta sebagaimana yang didakwa sebelum ini, kata Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan.

“Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kerana mengesahkan apa yang saya dakwa sebelum ini – bahawa jumlah kos untuk kajian kebolehlaksanaan projek, reka bentuk terperinci dan penilaian kesan alam sekitar berjumlah RM305 juta, yang saya anggap sebagai kebanyakannya dalam bentuk kertas kerja.

“Tidak ada kenyataan dalam sidang akhbar saya, juga dalam kenyataan akhbar saya yang anda boleh lihat di laman Facebook saya bahawa saya mengatakan kos RM305 juta adalah hanya untuk kajian kebolehlaksanaan projek semata-mata.

“Oleh itu, MalaysiaKini dan YB Lim Hock Seng sepatutnya lebih berhati-hati dan bukannya mencadangkan bahawa angka saya untuk kajian kebolehlaksanaan projek adalah salah,”kata Abdul Rahman dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Hock Seng selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Kerajaan Negeri Pulau Pinang semalam yang berkata kos RM305 juta adalah kos untuk semua urusan Projek Terowong Dasar Laut.

“RM305 juta itu kos untuk kajian feasibiliti (kebolehlaksanaan), kesan alam sekitar, reka bentuk terperinci manakala kos keseluruhan untuk pembinaan tiga projek lebuh raya terowong bawah tanah ialah RM6.341 bilion,” jelas Hock Seng.

Selanjutnya sila baca “Kos RM305 Juta Untuk Semua Urusan Projek Terowong Dasar Laut – Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Abdul Rahman berkata sekali lagi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu telah salah faham terhadap dakwaannya.

“Sekali lagi anda telah salah faham kenyataan saya. Saya tidak bertanya jika kos keseluruhan projek itu yang berjumlah RM6.34 bilion diberikan secara tender terbuka tetapi saya bertanya secara khusus jika tiga kajian yang menelan belanja RM305 juta itu telah diberikan berdasarkan tender terbuka

“Kami juga sedar bahawa keseluruhan projek telah dianugerahkan kepada Consortium Zenith BUCG-Sdn Bhd (CZBUCG).

“Namun, kenyataan Bursa Malaysia mengenai Astral Supreme Bhd yang bertarikh 15 Ogos 2013 mengatakan bahawa kajian kemungkinan dan reka bentuk terperinci yang menelan belanja RM270 juta telah dianugerahkan oleh CZBUCG kepada usahasama antara pemegang saham terbesarnya, Zenith Construction bersama syarikat Astral Supreme Bnd.

“Lebih menarik lagi, seorang individu yang terlibat itu bukan sahaja Direktor dan pemegang saham Astral Supreme Bhd malah beliau juga pemegang saham terbesar Wira Syukur (M) Sdn. Bhd, dimana syarikat berkenaa merupakan pemegang saham terbesar Zenith Construction Sdn. Bhd.

“Satu tahun kemudian, Astral Supreme ditamatkan perkhidmatannya dan alas an yang diberi ialah Astral “tidak mampu mencari konsultan yang berupaya untuk melaksanakan projek”.

“Dari kenyataan Bursa ini mencadangkan bahawa CZBUCG sebenarnya menganugerahkan majoriti dari RM305 juta untuk kajian kepada pemegang-pemegang sahamnya dan hakikat bahawa Kerajaan Pulau Pinang mengelak daripada soalan saya sama ada kajian-kajian tersebut telah ditenderkan, adakah adil untuk menyatakan jawapan bagi persoalan itu adalah tidak?

“Pihak kerajaan Pulau Pinang juga seakan-akan tidak mengendahkan kebimbangan saya mengenai penganugerahan kepada syarikat yang sama untuk bertanggungjawab keatas kajian yang menentukan sama ada projek mereka sendiri boleh menangani sebarang kemungkinan serta mesra alam sekitar atau tidak.

“Bukankah ini satu konflik kepentingan,” soal Abdul Rahman.

KENYATAAN MEDIA
Abdul Rahman Dahlan
Ketua Komunikasi Strategik BN
10 Mei 2016

UNTUK TERBITAN SEGERA

Saya sedia maklum bahawa YAB Ketua Menteri telah menolak untuk berhubung dengan saya secara terus dan bergantung kepada Exco YB Lim Hock Seng untuk menjawab soalan saya. Walau bagaimanapun, saya akan mengambil kira ianya adalah jawapan rasmi dari pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pertama, terima kasih kerana mengesahkan apa yang telah saya katakan – di mana jumlah keseluruhan bagi kajian kemungkinan, rekabentuk lengkap dan penilaian impak kepada alam sekitar adalah RM305 juta, di mana saya andaikan hampir keseluruhannya adalah kertas kerja.

Tidak ada langsung dalam sidang mahupun kenyataan media saya; yang boleh didapati di laman Facebook milik saya, kenyataan bahawa RM 305 juta digunakan hanya untuk kajian kemungkinan berkenaan.

Oleh yang demikian, MalaysiaKini dan YB Lim Hock Seng sepatutnya lebih berhati-hati daripada membuat andaian bahawa angka yang telah saya nyatakan untuk kajian kemungkinan tersebut adalah salah.

Ia boleh menjadi tajuk berita yang hangat namun ia juga boleh menyebabkan terjadinya salah salah yang membawa berniat buruk.

————
Soalan 1:

Sekali lagi anda telah tersalah anggap terhadap saya. Saya tidak bertanya sama ada KESEMUA RM6.34 bilion bagi projek berkenaan dianugerahkan berdasarkan tender terbuka tetapi saya mengatakan secara terperinci jika kos tiga kajian yang bernilai RM305 juta tersebut dianugerahkan secara tender terbuka.

Kita semua sedia maklum bahawa kesemua projek tersebut telah dianugerahkan kepada Consortium Zenith-BUCG Sdn Bhd (CZBUCG).

Namun, kenyataan Bursa Malaysia mengenai Astral Supreme Bhd yang bertarikh 15 Ogos 2013 mengatakan bahawa kajian kemungkinan dan reka bentuk terperinci yang menelan belanja RM270 juta telah dianugerahkan oleh CZBUCG kepada usahasama antara pemegang saham terbesarnya, Zenith Construction bersama syarikat Astral Supreme Bnd.

Lebih menarik lagi, seorang individu yang terlibat itu bukan sahaja Direktor dan pemegang saham Astral Supreme Bhd malah beliau juga pemegang saham terbesar Wira Syukur (M) Sdn. Bhd, dimana syarikat berkenaa merupakan pemegang saham terbesar Zenith Construction Sdn. Bhd.

Satu tahun kemudian, Astral Supreme ditamatkan perkhidmatannya dan alas an yang diberi ialah Astral “tidak mampu mencari konsultan yang berupaya untuk melaksanakan projek”.

Dari kenyataan Bursa ini mencadangkan bahawa CZBUCG sebenarnya menganugerahkan majoriti dari RM305 juta untuk kajian kepada pemegang-pemegang sahamnya dan hakikat bahawa Kerajaan Pulau Pinang mengelak daripada soalan saya sama ada kajian-kajian tersebut telah ditenderkan, adakah adil untuk menyatakan jawapan bagi persoalan itu adalah tidak?

Pihak kerajaan Pulau Pinang juga seakan-akan tidak mengendahkan kebimbangan saya mengenai penganugerahan kepada syarikat yang sama untuk bertanggungjawab keatas kajian yang menentukan sama ada projek mereka sendiri boleh menangani sebarang kemungkinan serta mesra alam sekitar atau tidak. Adakah ini mempunyai sebarang konflik mahupun konflik kepentingan?

———–

Soalan 2
Saya sedia maklum akan kenyataan Kerajaan Pulau Pinang bahawa ketiga-tiga kos untuk kajian berkenaan ialah 5.54% dari keseluruhan kos pembinaan.

Namun, soalan saya ialah mengapa kos kajian kemungkinan bagi tiga jalan raya yang berhubung boleh berjumlah RM31 juta sedangkan terowong bawah laut yang lebih kompleks dan berisiko hanya RM20 juta?
Jumlah kos sebanyak RM51 juta untuk kajian kemungkinan sahaja dan RM305 juta untuk keseluruhan tiga kajian tersebut masih boleh dianggap satu angka yang besar untuk melakukan sesuatu kajian dan saya sedia maklum bahawa kerajaan Pulau Pinang tidak menyatakan untuk bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya yang menawarkan bantuan bagi mengurangkan kos mereka dan memastikan projek tersebut berjalan seiring dengan masa yang diperuntukkan di mana saya sendiri mengesyorkan kepada kerajaan Pulau Pinang untuk mempertimbangkannya.

Kerajaan Pulau Pinang juga membetulkan kenyataan saya dengan mengatakan jumlah keseluruhan yang dibayar setakat tarikh ini ialah RM133 juta dan bukannya RM139 juta. Namun, jumlah yang sebetulnya berjumlah RM138,971,572.61 yang dipetik dari kenyataan saya telah diserahkan oleh wakil PKR Pulau Pinang, YB Cheah Kah Peng menyatakan angka berkenaan adalah seperti yang tertulis dalam laporan PAC yang diserahkan kepada beliau dan 5 ADUN mendapati bahawa agak sukar untuk mewajarkan kos yang tinggi tersebut.

Oleh yang demikian, kerajaan Pulau Pinang telah membuat kesalahan – sama ada di dalam laporan PAC mahupun penjelasan mereka. Atau mungkinkah YB Cheah memetik jumlah yang salah?

—-
Soalan 3:

Terima kasih kerana mengesahkan bahawa RM133 juta telah pun dibayar walaupun semua kajian masih belum selesai dan pembayaran dibuat mengikut kemajuan proses kajian tersebut.

Saya maklum bahawa kerajaan Pulau Pinang telah membiaya proses kerja yang dilakukan oleh CZBUCG berkenaan projek ini, di mana saya akan bangkitkan semula di soalan 7.

—–
Soalan 4:

Sekali lagi saya berterima kasih kepada kerajaan Pulau Pinang kerana mengesahkan bahawa walaupun kajian kemungkinan ini mendapati projek berkenaan tidak sesuai untuk dilaksanakan, tiada sebarang bayaran akan dibayar semula kepada kerajaan negeri.


Soalan 5:

Kerajaan Pulau Pinang mengatakan tidak terdapat sebarang kelewatan pada projek ini walaupun mereka mengaku bahawa kajian yang dijalankan belum selesai sepenuhnya untuk 3 tahun akan datang, walaupun pihak konsortium mengumumkan kajian tersebut akan selesai menjelang April 2014, walaupun hakikatnya salah satu daripada pihak yang dianugerahkan untuk melakukan kajian kemungkinan dan kajian reka bentuk telah ditamatkan perkhidmatan selepas satu tahun atas alasan kekangan konsultan walaupun kerja-kerja pembinaan masih belum dimulakan.

Saya akan menerima apa yang diperkatakan oleh kerajaan Pulau Pinang terhadap jadual projek ini memandangkan ia sangat dirahsiakan – sama seperti fasiliti kesihatan perlancongan Taman Manggis yang masih lagi kekal sebagai tanah kosong selepas enam tahun.

Bolehkan kerajaan Pulau Pinang berkongsi mengenai jadual projek yang asal sehingga ke hari ini?
—-
Soalan 6:

Walaupun ia mampu untuk membiayai sepenuhnya kos pembinaan sebanyak RM6.34 bilion, kerajaan Pulau Pinang menyatakan pihak CZBUCG tidak mampu untuk menanggung kos penyelenggaraan Terowong Pulau Pinang dan kerana itulah mereka dibenarkan untuk mengutip bayaran tol selama 30 tahun.

Apa yang lebih membimbangkan ialah kerajaan negeri menyatakan bayaran tol ditetapkan sama dengan kadar bayaran di jambatan kedua Pulau Pinang dengan alasan kerajaan negeri tidak mahu pihak operasi jambatan kedua menanggung kerugian.

Alasan berkenaan tidak dapat diterima atas tiga sebab:

1)Kadar tol di jambatan kedua adalah tetap berdasarkan pihak operasi yang akan mengutip bayaran tol untuk kos penyelenggaraan jambatan dan bagi mendapatkan balik kos pembinaan jambatan.

Namun, pihak operasi Terowong Pulau Pinang tetap akan mengenakan kadar tol yang sama walaupun tidak perlu mendapatkan kos pembinaan semula memandangkan kerajaan negeri telah membiayai kos keseluruhan projek tersebut.

Adakah kerajaan negeri nampak akan perbezaan yang ketara itu?

2) Untuk mengatakan bahawa kerajaan negeri mengenakan kadar tol kerana tidak mahu pihak operasi jambatan kedua menanggung kerugian samalah seperti hospital awam yang dimiliki kerajaan mengenakan kadar yang sama dengan yang dikenakan oleh hospital swasta kerana tidak mahu hospital sawsta menanggung kerugian. Adakah alasan ini boleh diterima sama sekali?

Mengenakan kadar tol adalah bertentangan dengan manifesto Pakatan. Sekarang apabila kerajaan DAP mengesahkan konsensi selama 30 tahun, adakah DAP bersedia untuk mengaku bahawa mereka tidak lagi menolak pengutipan kadar tol?
—-

Soalan 7:

Kerajaan Pulau Pinang mengatakan nilai tanah sebesar 110 ekar yang dikenal pasti sebagai bayaran kepada CZBUCG untuk projek berkenaan pada tahun 2014 ialah RM475 per kaki persegi sahaja.

Namun, berdasarkan tiga perjanjian yang telah ditandatangani oleh Ewein Bhd untuk membeli 60 ekar daripada tanah berkenaan dengan harga RM3.14 bilion mendedahkan sebaliknya.

Pengumuman yang dibuat oleh Bursa pada 12 Jun 2014 menunjukkan perjanjian pertama yang ditandatangani mempunyai laporan penilaian bertarikh 31 Disember 2013 yang menyatakan nilai tanag berkenaan ialah RM840 per kaki persegi.

http://www.bursamalaysia.com/…/company-announcements/4383585
Pengumumkan kedua bertarikh 28 Disember 2015 menunjukkan nilai tanah pada RM840 per kaki persegi.
http://www.bursamalaysia.com/…/company-announcements/4960089

Manakala pengumuman ketiga oleh Bursa untuk pembelian 50 ekar daripada tanah berkenaan pada harga RM2.831 bilion dari CZBUCG yang bertarikh 15 Januari 2016 menunjukkan nilai tanah sebanyak RM1,300 per kaki persegi.

http://www.bursamalaysia.com/…/company-announcements/4976409

Oleh yang demikian, penilaian terhadap 110 ekar tanah apa harga RM475 per kaki persegi pada tahun 2014 yang diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dalam penjelasan mereka jauh lebih rendah daripada harga pasaran seperti yang dipetik dari tiga perjanjian oleh Ewein Bhd.

Tambahan pula, kerajaan negeri Pulau Piang dan CZBUCG telah menyatakan bahawa jumlah keseleuruhan kos untuk projek berkenaan tidak sampai kepada RM20 bilion apabila siap pada tahan 2025 tetapi tidak juga memberikan anggaran kos yang sebenar.

Apabila sukar untuk mendapatkan jawapan dari mereka, mungkin lebih senang untuk menyoal sebegini:
Jika harga tanah sebesar 110 ekar tersebut adalah di antara RM845 hinggan RM1,300 per kaki persegi pada hari ini, yang memberi permandangan indah pinggir laut utama di Pulau Pinang, agak-agaknya berapakah nilai tanah ini menjelang tahun 2025 nanti?

Itu akan memberi kita idea akan kos yang sebenar-benarnya bagi projek ini.

Kerajaan Pulau Pinang juga ada mengatakan CZBUCG harus menanggung kos pelbagai kajian dan kos pembinaan terlebih dahulu. Ini menunjukkan bahawa persetujuan untuk pembayaran berdasarkan nilai aset sebagai tanah bernilai.

Namun, berdasarkan jawapan di soalan 3 tadi, adalah adil untuk mengatakan bahawa CZBUCG telah diberi pampasan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan, dan berdasarkan kepada tiga perjanjian berkenaan, boleh pihak anda mengesahkan jika CZBUCG telah menjual tanah itu kepada Ewein Bhd bagi beberapa bayaran pendahuluan?

Ini adalah beberapa soalan yang ramai penduduk di Pulau Pinang dan pihak NGO sering kali tanyakan berkenaan projek berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan saya percaya bahawa menjadi harapan orang ramai agar soalan-soalan ini diberi perhatian yang sewajarnya.
Saya sangat berharap agar pihak kerajaan Pulau Pinang dan YAB Ketua Menteri dapat memberi jawapan kepada kenyataan media ini.

*******************************************

PRESS STATEMENT

Abdul Rahman Dahlan
BN Strategic Communications Director
May 10, 2016

FOR IMMEDIATE RELEASE

I take note that the YAB Penang Chief Minister has declined to engage me directly to answer and has relied on his Penang EXCO YB Lim Hock Seng to reply. Nevertheless, I will consider that this is the official reply from the Penang State Govt.

Firstly, thank you for confirming what I had exactly said – that the total cost for the feasibility study, detailed design and environmental impact assessment totals RM305 million, which I consider as mostly paperwork.

Nowhere in my press conference nor in my press statement which you can view on my FaceBook page did I say that the RM305 million is only for the feasibility study alone. Therefore, MalaysiaKini and YB Lim Hock Seng should have been more careful instead of suggesting that my figure for the feasibility study alone is wrong.

It makes for good headlines but it is mischievously wrong and misleading.

Question 1:

Again you have misunderstood me. I did not ask if the ENTIRE RM6.34 billion project was awarded based on open tender but I specifically said if the three studies costing RM305 million were awarded based on open tender.

We are well aware that the entire project was awarded to Consortium Zenith-BUCG Sdn Bhd (CZBUCG).

However, from the Bursa Malaysia announcement of Astral Supreme Bhd dated 15 August 2013, it was stated that the feasibility study and detailed design costing RM270 million was awarded by CZBUCG to a joint-venture between its majority shareholder itself, Zenith Construction with public-listed Astral Supreme Bhd.

More interesting to note. is that one particular individual is not only a Director and shareholder of Astral Supreme Bhd but he is also the largest shareholder of Wira Syukur (M) Sdn Bhd, which is a large shareholder of Zenith Construction Sdn Bhd.

One year later Astral Supreme Bhd was terminated and the excuse given was Astral was “unable to find consultants who could undertake the project”.

From this Bursa announcement which suggest that CZBUCG actually awarded the majority of the RM305 million studies to its own share-holders and the fact that the Penang Govt has evaded my direct question of whether these studies were tendered out, would it be fair to say the answer is no?

The Penang Govt also does not seem to have addressed my concern that the same company awarded to construct the project was also responsible to do the studies to determine whether their own project is feasible or environmentally acceptable or not .

Is this the case and Is this a conflict of interest?

———–

Question 2:

I take note of the Penang Govt’s admission that the three studies cost 5.54% of the entire construction cost.

However, I question why would the feasibility study for the three related roads be worth RM31 million while that of the more complicated and riskier undersea tunnel is RM20 million.

The total of RM51 million for the feasibility study alone and RM305 million for all three studies are still expensive figures for studies and I take note that the Penang Government has not indicated that it will engage with the Works Ministry who had offered to help them reduce their cost and ensure project timeliness which I highly recommend the Penang Govt to consider.

The Penang Govt also corrected me to say that the total cost paid to date is RM133 million instead of RM139 million. However, the exact figure of RM138,971,572.61 which I quoted in my statement was given by PKR Penang YB Cheah Kah Peng who stated that this figure was in the state PAC report given to him and the 5 dissenting ADUNs where they had expressed that they found it hard to justify this high cost.

Thus the Penang Govt is wrong either way – either in its PAC report or its explanation. Or could it be that YB Cheah quoted the wrong figure?

—-
Question 3:

Thank you for your confirmation that RM133 million has indeed been paid although all the studies have yet to be completed and that it is based on progress payment.

I take note that the Penang Govt is indeed funding the progress of the work by CZBUCG on the project, which I will revisit later in question 7,

—–
Question 4:

Again I thank the Penang Govt for confirming that should the feasibility study finds that the project is not feasible, none of the fees already paid can be recovered by the state government.

Question 5:
The Penang Govt says that there is no delay in the project although they admit the feasibility studies are not fully completed coming up to 3 years, despite the consortium having announced that they would complete the feasibility study by April 2014, despite the fact that one of the original parties awarded to do the feasibility and design studies had to be terminated one year later due to lack of consultants and despite no tangible construction work has started.

I will just have to accept what Penang Govt says is true on this as the project schedule seems to be a well-kept secret that few are aware of – just like the Taman Manggis medical tourism facility that remains an empty land six years later.

Can the Penang Government share with us the original and current project schedule?
—-

Question 6:
Although it is able to entirely fund the RM6.34 billion construction cost of the project, the Penang Govt now says that it is not able to afford the maintenance of the Penang Tunnel and this is why CZBUCG is allowed to collect 30 years toll.

More worrying is that the Penang Govt now says that the toll charges are to be set at the same rate as the second Penang bridge on the excuse that the Penang govt does not want the operator of the second bridge to suffer losses.

This is an unacceptable excuse for three reasons:

1) The toll rate for the second bridge was fixed on the basis that the operator will collect toll to pay for the maintenance of the bridge and to recoup its investment put in to construct the bridge.
However, the Penang Tunnel operator will be charging the same toll rate even though it does not need to recover their construction cost as the Penang Govt is completely paying for it.

Does the Penang Govt see this crucial difference?

2) Saying that the Penang Govt imposes toll as it does not want the second Penang bridge operator to suffer losses is the same as saying that govt-owned Public Hospitals must charge the same in order to avoid Private Hospitals from suffering loss. Does the Penang Govt find this is a laughable excuse?

3) Imposing toll roads is certainly against Pakatan’s manifesto. Now that the DAP Penang Govt has confirmed a 30 years concession will be given, is DAP prepared to admit that it is no longer against toll highways?
—-

Question 7:
The Penang govt says that the value of the 110 acres of land it has pre-identified as payment to CZBUCG for the project as at 2014 is only RM475 psf.

However, based on three agreements signed to date by Ewein Bhd to purchase some 60 acres out of the 110 acres of the land compensated or to be compensated to CZBUCG by the state govt for a total of value of RM3.14 billion has revealed differently.

The Bursa announcement on 12 June 2014 shows that the first agreement signed has a valuation report dated 31 Dec 2013 that values the land at RM840psf.
http://www.bursamalaysia.com/…/company-announcements/4383585

The second announcement dated 28 December 2015 similarly values the land at RM840psf. http://www.bursamalaysia.com/…/company-announcements/4960089

Whereas the third Bursa announcement for the purchase of 50 acres of this land for a total of RM2.831 billion from CZBUCG dated 15 January 2016 shows the land valued at RM1,300 psf.
http://www.bursamalaysia.com/…/company-announcements/4976409

Therefore, the valuation of the 110 acres of land at RM475 psf in 2014 given by the Penang State Govt in their explanation is far below the market value as cited by the three Ewein Bhd agreements.
Additionally, the Penang Government and CZBUCG have said that the total effective price of the project will not reach RM20 billion upon completion in 2025 (at the earliest) but did not forecast a specific cost.

Since it is hard for them to answer, perhaps an easier way to ask them would be:

If the price of that 110 acres of land today is between RM845psf to RM1,300psf, given the fast appreciation for Penang prime seafront land what do you think the land price would be in the year 2025?
That would give you an idea of the true cost of this project.

The Penang Government had also said that CZBUCG has to bear the cost of the various studies and the construction cost first. It further implies that payment by way of appreciating assets such as prime land is justified.

However, based on your answer to question 3 earlier, is it fair to say that the CZBUCG has been compensated on a timely basis, and based on the three agreements cited, can you confirm if CZBUCG had forward sold the land to Ewein Bhd for some up-front payment?
—-

These are fair questions that many people in Penang and NGOs have been asking about this project for the past years and I believe it is in the public interest that such concerns and questions is properly addressed.

I look forward to the Penang Government and the YAB Chief Minister’s reply to this press statement.

Advertisements

2 thoughts on “Exco Pulau Pinang Telah Sahkan RM305 Juta Untuk Kos Kajian Terowong Dasar Laut – Abdul Rahman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s