Kos RM305 Juta Untuk Semua Urusan Projek Terowong Dasar Laut – Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang

hock sengAIDCNews – 10/5/16 –Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Lim Hock Seng berkata kos RM305 juta untuk semua urusan Projek Terowong Dasar Laut dan bukannya hanya untuk kajian kebolehlaksanaan projek tersebut sahaja

“RM305 juta itu kos untuk kajian feasibiliti (kebolehlaksanaan), kesan alam sekitar, reka bentuk terperinci manakala kos keseluruhan untuk pembinaan tiga projek lebuh raya terowong bawah tanah ialah RM6.341 bilion,” jelasnya dalam sidang akhbarnya semalam.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan yang bertanya mengapa kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan Projek Terowong Dasar Laut di negeri itu mencecah sehingga RM305 juta.

“Berdasarkan kajian kami dan kenyataan umum Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang, kami percaya bayaran itu adalah sebahagian daripada sejumlah RM305 juta yang diperuntukkan untuk kajian kebolehlaksanaan, reka bentuk terperinci dan laporan EIA bagi projek Terowong Pulau Pinang serta tiga laluan berkaitan.

“Kami berkongsi kebimbangan 6 ADUN berkenaan yang menyifatkan RM305 juta adalah harga yang amat tinggi untuk dibayar bagi sekadar kertas kerja dan laporan. Tambahan pula, keperluan pelaksanaan projek itu masih diragui susulan pergerakan trafik di Jambatan Pulau Pinang yang secara umumnya masih rendah.

“Kami yakin, peruntukan sejumlah RM305 juta boleh dimanfaatkan untuk kebajikan penduduk Pulau Pinang. Jumlah RM305 juta adalah dua kali ganda berbanding RM176 juta yang dibelanjakan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang dari tahun 2009 hingga 2015 bagi Program Kebajikan Emas khusus buat warga tua, ibu tunggal, mereka yang mempunyai keperluas khas, pelajar, suri rumah, bayi baharu dilahirkan dan mahasiswa,” kata Abdul Rahman.

Selanjutnya sila baca “Kenapa Kos Kajian Projek Terowong P. Pinang RM305 Juta – Soal Abdul Rahman?”

Hock Seng turut mengakui bahawa kerajaan negeri memberi bayaran pendahuluan dalam bentuk tanah kepada syarikat Consortium Zenith BUCG (CZBUCG) walaupun laporan kajian belum lagi disiapkan oleh syarikat itu.

Beliau berkata pihaknya telah membuat penilaian yang wajar terhadap perkara itu.

Projek Terowong Dasar Laut itu katanya dijangka siap sepenuhnya sekitar dua penggal pilihan raya lagi iaitu pada tahun 2025.

Banyak Persoalan Di Sebalik Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang, PAS Desak Pendengaran Awam

Proposal Terowong Dasar Laut Justifikasi Ambil Tanah Pulau Pinang ?

Terowong Dasar Laut : Kenapa Promosi Syarikat Pemaju Zenith Construction, Bukan Ewein ?

Tanda Tanya Di Sebalik Tindakan Lim Guan Eng Tarik Balik Saman Nasruddin Isu Terowong Dasar Laut – Liang Teck Meng

Terlalu Banyak Misteri Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang – Prof Jimmy

Fakta Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

5 thoughts on “Kos RM305 Juta Untuk Semua Urusan Projek Terowong Dasar Laut – Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s