PRK Kuala Kangsar & Sungai Besar : Mahfuz Cadang PAS & PAN Duduk Semeja, Bahagi Kerusi Secara Adil

Mahfuz OmarAIDCNews – 10/5/16 – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) duduk semeja untuk mengelak diri pertembungan sesama sendiri dengan membahagikan kerusi secara adil dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Saya mengharapkan parti Amanah dan PAS perlu duduk di meja perbincangan untuk mencari kata sepakat untuk mengelak dari pertembungan sesama sendiri.

“Tidaklah menjatuhkan maruah pimpinan Amanah atau PAS jika mereka boleh pertimbang cadangan saya untuk setiap parti Amanah dan PAS hanya bertanding 1 kerusi sahaja dari 2 kekosongan yang ada.

“Dalam erti kata yang mudah Amanah bertanding 1 kerusi dan Pas satu kerusi,”kata Mahfuz satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pembahagian kedua-dua kerusi itu bergantung kepada keputusan bersama yang dicapai oleh kedua-dua parti tersebut.

nizar

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PAN Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata PAN berminat bertanding di Parlimen Kuala Kangsar.

Menurutnya, PAN merupakan pengganti PAS dalam Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP dan PKR.

“Kalau ikut prinsip asal semasa mesyuarat Presiden PH, mana-mana kerusi yang ditandingi PAS, oleh kerana PAN menggantikan PAS, maka mana-mana kerusi yang PAS bertanding, automatik PAN akan ambil tempat itu bertanding mewakili PH,” katanya kepada Antarapos.

Nizar turut mendakwa pengaruh PAN kuat di Perak dan 30 peratus pengundi Parlimen Kuala Kangsar adalah bukan Melayu.

“(Kami) memang kuat di Perak, dan keduanya, hampir 30 peratus pengundi Kuala Kangsar adalah bukan Melayu. Dan orang bukan Melayu akan tolak PAS, itu berdasarkan pengalaman saya di Changkat Jering dan Bukit Gantang,” katanya.

Bagaimanapun Nizar yang juga ADUN Changkat Jering itu berkata, keputusan muktamad akan diputuskan kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan tidak lama lagi.

“Kena buat keputusan dulu sama ada yang mewakili PH itu siapa dia. Kalau PH setuju (kami) yang akan mewakili PH, maka (kami) akan masuk bertanding dan bekerja kuat,” kata Nizar.

Nizar berkata isu-isu berkenaan PRK yang bakal berlangsung berkemungkinan akan dibangkitkan pada mesyuarat pimpinan parti itu di Selayang, Ahad ini.

Kerusi Parlimen Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dari BN yang terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau Sarawak 5 Mei lepas.

Selain Wan Mohammad Khair-il, turut terkorban dalam insiden itu adalah Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon, bersama empat penumpang lain.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini bagi menetapkan tarikh PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, BN memenangi kerusi Kuala Kangsar dengan majoriti 1,082 dalam pertandingan tiga penjuru dengan PAS dan calon bebas.

Calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah memperoleh 13,136 undi manakala calon Bebas, Kamilia Ibrahim memperoleh 447 undi.

BN juga mengekalkan kerusi parlimen Sungai Besar dengan Noriah memperolehi majoriti 399 undi, menewaskan calon PAS Mohammed Salleh M Husin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s