Lesbian Irshad Manji Kahwini Laura Albano

KUALA LUMPUR: Penulis ‘muslim liberal’, Irshad Manji yang bukunya telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri hari ini mengumumkan perkahwinannya dengan pasangannya yang sesama jantina, Laura Albano.

Irshad memuatnaik gambar majlis perkahwinan mereka di laman Facebook miliknya.

“Baru berkahwin! Album foto bakal menyusul. Buat masa ini, terima kasih atas semua ucapan tahniah, mabrouk (rahmat) dan ucapan selamat. Laura dan saya baca semua catatan. Kami sangat menghargainya,” tulis Irshad.

Warganegara Kanada ini yang mengaku dirinya seorang ‘muslim liberal’ mengundang kontroversi diatas pendirian pro-LGBT.

lesbian ishamBukunya ‘Allah, Freedom and Love” dalam versi bahasa Melayu diharamkan kerana melanggar undang-undang di negara ini.

Pengharaman itu turut menyaksikan penerbit, Mohd Ezra Zaid diheret ke Mahkamah Syariah kerana menerbitkan terjemahan buku itu.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan turut mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurus kedai buku Borders, Nik Raina Nik Abdul Aziz.

Albano seorang pecacah tatu di Pusat Rawatan UCLA dan Hospital Cedars-Sinai di Long Angeles, Amerika Syarikat. Dia membantu merawat parut pada tubuh melalui cacahan perubatan – FMT

Advertisements

2 thoughts on “Lesbian Irshad Manji Kahwini Laura Albano

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s