Mesyuarat Pakatan Harapan Bincang PRK Parlimen Sungai Besar & Kuala Kangsar

azmin-lge2AIDCNews – 11/5/16 – Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang diadakan di ibu pejabat PKR hari ini membincangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kata Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin.

“Mesyuarat #PakatanHarapan pasca Sarawak. Bincang awal pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” kata Shamsul Iskandar dalam Twitternya sekejab tadi.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan lanjut butiran mesyuarat Pakatan harapan berkenaan PRK tersebut.

Perkara sama turut didedahkan oleh Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan putus akan elakkan lawan 3 penjuru dalam pilihan raya,”katanya dalam Twitter.

Sebelum ini blog pro PAN, sisibukit mendedahkan keputusan PAN bertanding atau tidak di Parlimen Kuala Kangsar akan diumumkan pada 15 Mei ini.

“Insyallah pada majlis perasmian pejabat Amanah Taiping pada 15.5.2016 jam 8.30 malam Presiden Amanah Tn Hj Mohd Sabu akan datang terus selepas mesyuarat AMANAH PUSAT .

“JUSTERU jangan lepaskan peluang mendengar terus daripada Presiden Amanah dan juga lain lain pemimpin termasuk yang dikasihi Ustaz Ahmad Awang,”lapornya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s